30 April 2012

Definisi Bersih

Bersih menurut kamus dewan versi 4.0 adalah tidak kotor. Putih (bahasa warna), bebas (bahasa biasa), tidak tercemar (bahasa sains), sifar (bahasa matematik), 100% (bahasa menganjing). Untuk mudah difahami, bahasa matematik digunakan dalam penerangan maksud bersih. Adakah kemungkinan untuk berlakunya sesuatu perkara seperti di bawah adalah sifar?

1. Malaysia terkena tsunami.
2. Kapal terbang jatuh.
3. Manusia lupa nama sendiri.
4. Cleaner tak cuci toilet 100% bersih.
5. Duit rm0.50 baru yang sangat hodoh jatuh  ke dalam longkang.
6. Terberak dalam seluar.
7. Pointer rendah, masa depan gelap.

Salah. There's no such thing as zero probability. Akak cleaner yang selalu basuh toilet floor aku pon xsemestinya berjaya menghapuskan pathogen 100%.

Mereka mengatakan malaysia banyak sangat corruption. Dalam dunia ni, tempat yang tak ada korupsi adalah di dasar laut. Di mana sahaja ada manusia, mesti ada je rasuah. Kalau manusia duduk dalam laut, tak ada la tempat lain yang bebas rasuah. Cuba tanya Aquaman, dia ada ambil atau bagi rasuah tak?

Engkau sembahyang cukup. Tak pernah derhaka dekat mak bapak. Tak pernah mencuri. Tak pernah bergaul lelaki perempuan. Tiba-tiba ada orang offer rm1 juta (unsur-unsur drama melayu) semata-mata untuk merahsiakan kesalahan pemberi rasuah iaitu datang kerja lambat 5 saat. Tak gugur daunan iman kau? Memang aku exaggerate contoh tu tapi nak tunjuk betapa hantunya duit ni. Tapi bukan semua orang mata duitan. Tapi ramai kan yang ambil rasuah?

Malaysia banyak maksiat. Nak cerita maksiat pulak? Setan bersepah2 keliling kau suruh buat maksiat. Sedangkan ustaz yang puas ajar anak murid jauhi hubungan reciprocal, tapi dia sendiri pun tak mampu nak tahan nafsu. Inikan manusia biasa yang kurang didikan agama. Sekali lagi contoh yang sangat over tapi nak menunjukkan nafsu mampu menumbangkan pegangan hidup manusia. Lagi sekali, bukan semua orang tak boleh tahan nafsu. Macam aku, aku sangat tak boleh tahan nafsu belajar. Kalau boleh, time jogging pun aku nak belajar fizik tenaga tinggi. Negara mana yang sifar maksiat? SIFAR!

Jadi, sifar probability adalah invalid.

No comments: