Mana pengarah? Mana timbalan pengarah? Mana bos-bos yang pengaruhnya mengalahkan Oprah Winfrey? Yellek. Macam mana tah bahasa tamilnya. Tapi apa yang aku nak cakap adalah, aku harini boss-free. Aku nak makan nasik lemak guna tangan, tiada siapa nak marah. Aku pergi toilet lebih seminit, pun tiada siapa nak marah. Kalau aku nak main guli? Kau tahu jawapannya macam mana. Ok, can we move on to the next chapter?
Maka aku dengan niat jahat masuk ke bilik boss mengambil dokumen sulit sebab kerja aku memang jahat. Serious jahat. Kalau kau kerja dengan aku, lepas tu kau minum air suam tak ajak aku, nahas! Wa pecah lu punya cranial sampai lu punya medulla oblongata rabak. Gangster meets nerd. Lol. Skip part tak penting, ok ni sambungannya. Maka aku terbaca application seorang mahasiswi daripada universiti daripada utara yang ingin memohon pekerjaan.
Dia belajar Marine Technology ke apa tah. Surat dia penuh dengan seriousness sampai aku baca pun takut. I can tell you dia nak sangat job tu. Bahasa inggeris dia pun kalau boleh nak kalahkan kamus. Error dia aku tak nak cakap sebab aku sendiri pun grammar tak pass. Dari atas sampai bawah serious nak mampus. Kalau aku Ketua Pengarah, aku hire dia serta merta. Tiba-tiba dia letak emel dia angelfromheaven. Angel from heaven kau! Kenapa tah bidadari nak sibuk pasal hal manusia?
Sebagai seorang abang kerani yang setahun lagi tua daripada adik, adik tak patut letak emel tu. Mati serious tadi tau adik. Abang rasa tak susah nak create emel baru. Abang sendiri tak letak themissingikmal@yahoo.com dekat resume. Tapi kalau adik dipanggil untuk interview, tolong dress up macam angel from heaven okay? Kepak tu penting. Thanks. Goodluck. Im dying to meet you angel. Lol.
No comments:
Post a Comment