05 October 2011

The Time of Need

Dah lama mak aku hidup dalam kabus. Segala-gala yang dilihatnya hanyalah asap kerana Cataract telah memenangi matanya. Esok mak aku akan bertarung untuk mendapatkan matanya semula. Aku berdoa agar mak akan kembali melihat keindahan dunia ciptaan tuhan ini.

Aku sangat sedih melihat mak menonton tv tapi tak kenal orang dalam tv. Mak akan berdiri dan membongkokkan badannya dihadapan tv untuk melihat wajah orang dalam tv. Sedih. Aku memang takut nak bayangkan diri sendiri dalam keadaan macam tu. Lebih baik aku mati cepat.

Selama ni mak masak semua dalam keadaan tak nampak. Tah gula tah garam, campak dalam periuk. Jadilah asam pedas, kari, kurma, sambal, dan macam-macam lagi. Suami mak pula kadang-kadang cakap tak sedap. Kalau la aku anak derhaka, aku dah maki suami mak. Ini pun dah nampak derhaka sebab tak sebut abah. Ok, abah. Abah.

Pokok-pokok mak yang mak jaga tiap-tiap hari tuh pon sekarang hidup berdikari cari air sendiri. Kalau nak ikut hobi, macam-macam dah mak tak nikmati semua hobi mak. Lepas ni, boleh la mak sambung berangan-angan nak tanam pokok kelapa kat depan rumah.

7 kali mak berjaya meneran anak. Tapi disaat mak memerlukan semua orang, hanya 2 sahaja yang dapat bersama mak. Aku dan angah. Yang lain memang nak datang tapi semua busy dengan agenda masing-masing. Mak jangan kecik hati. Semua sayang mak.

Semoga operation mata mak berjalan lancar. Amin.

<3

5 comments:

..SuRaYa.. said...

semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga mak kau dapat melihat kembali dengan jelas wajah2 kesayangannya..amin..

cik YulDoraSepi (Safiah Mahamad) said...

semoga semuanya lancar... aminn...

themissingikmal said...

amin.

thanks suraya
thanks dorasepi follower baru :)

p.a.n.d.a sajowk said...

AMINNNNNNNNNNN :)
everytng gonna be ok <3
keep on praying pls b tough hokay

themissingikmal said...

thanks kerak...she's fine...aku xtulis lg citer post operation