17 December 2012

Haircut 101

Transformasi Perlembagaan

Setiap kali melihat gambar sendiri, rasa benci terhadap diri sangat tebal. Tetapi itu hanya berlaku sewaktu tengok cermin atau tengok album gambar. Tapi lumrahnya aku sangat adorable.

Bila aku post gambar rambut sepanjang 3mm, ada member yang ingat aku ada masalah. Actually aku bukan Britnet Spears yang pergi ke kedai gunting rambut dan menebas rambutnya sendiri atas sebab masalah diri atau mungkin untuk menghilangkan bukti yang terdapat di dalam DNA nya bahawa dia terjebak dalam kancah dadah. Masalah aku tidaklah kritikal sangat macam dia.

Suatu hari ketika mandi, aku bercita-cita nak berambut macam ni. Cita-cita tiba-tiba. Maka bermulalah quest aku. Semasa potong rambut, ya aku potong sendiri, aku saja nak tengok bagaimana rupa bila dipotong sedikit demi sedikit. Never mind the sexaayy look. Sebelum nak jadi skinhead, aku nak try punk dulu tapi terbuang yang tengah, gambar #5, terus rasa menyesal. Anak buah cakap gambar #5 ibarat bom yang sedang gugur. Rambut tu macam kepak bom dan muka aku tu badan bom. Dem sungguh!

Lepas kemelesetan rambut, nampak sangat pelik sebab badan besar tapi kepala kecik. Never mind the feeling. I genuinely feel happy with my decision nak buang rambut.

So kid, this is how you cut hair!

No comments: