27 December 2012

New Portable Hard Drive

2 hari memikirkan pasal external hard disk ni tak berjaya untuk buat aku tak beli. Ya, dah beli dah. Western Digital My Passport 1TB. RM268. Aku nyaris nak beli online. Nasib baik sebab dia jual RM280. RM12 tu membantu meringankan kos membeli susu omega 1kg untuk diri sendiri. RM39 kot. Aku tak tahu hantu apa pulak rasuk aku suruh aku minum susu.

Sekarang dalam proses menghantar fail dari laptop ke external ni. 231GB kesemuanya supaya aku boleh restore balik laptop. Baru aku tau kenapa nak format laptop ni lama sangat. Rupanya pasal nak transfer file pon sangat membuatkan manusia cepat mengantuk. Baru feeling-feeling nak belajar format tapi abang aku cakap laptop aku antara laptop terawal hanya perlu restore sahaja. Entah lah. Subjek apresiasi teknologi maklumat dapat b atau b+ je.

Sepanjang menaip entri ni, baru transfer 10GB. Kalaulah USB3.0. Hey BR1M 2.0, cepatlah bagi aku RM250, aku nak beli WD Nomad Rugged Case walaupun KL/Selangor tak ada gempa bumi.

Banyaknya unit dalam entri ni. Studen fizik sangat!!

No comments: