09 December 2012

Sesalan Tak Sudah

Tak payah la nak berdrama sangat. Sebenarnya nak cerita pasal rugi xbuat perkara ini masa dulu.

1. Rugi sangat tak masuk sekolah mandarin. Kalau aku masuk sekolah mandarin, aku mungkin jadi geek, nerd, personaliti yang membosankan, dan lebih banyak uban berbanding sekarang. The thing is, kalau aku masuk sekolah mandarin, aku boleh cakap cina yang membuatkan aku sangat hebat boleh bertutur 4 bahasa. Tapi hakikatnya bahasa melayu teruk, english lintang pukang, french yang sangat memeningkan. Kalau ada bahasa mandarin, mesti hancur jugak. Bahasa arab? Belajar masa dekat sekolah agama dulu je la. Kalau mantap, ada 5 bahasa. Serius boleh jadi spy. Point yang sebenar-benarnya, aku rasa kesal sebab kalau tau mandarin, mesti senang dapat kerja. Tu je.

2. Tersangat rugi tak belajar martial art. Aku yang sangat soft-hearted kalau nampak langit biru yang sesak dengan awan pun boleh menangis (fake). Walaupun aku berfizikal gemuk, kalau ada orang nak tumbuk aku, aku malas nak angkat tangan untuk defend diri sendiri disebabkan pergerakan itu sangat memenatkan, aku sebenarnya sangat kejam (on the inside). Teringin nak torture orang, teringin nak sepak kepala orang sampai patah leher. Kalaulah aku mampu jadi orang macam tu, hmmmm.

So sangat rugi tak masuk taekwando walaupun dah dipaksa masa sekolah rendah dulu. Sekarang ni macam nak belajar muaythai. Macam je la.

Bila aku nak fit balik ni? Perut semakin menjadi-jadi. Ni pun boleh jadi sesalan tak sudah jugak ni.

No comments: