25 December 2012

Persis Mr. Krab

Aku ada suatu penyakit yang sangat membimbangkan. Tidak pandemic. Bila aku ada duit, aku tak ada nafsu untuk membeli. Kehendak atau kemahuan tidak dapat dibezakan semasa memasang niat untuk membeli. Dalam kata lain, aku bukanlah seorang penjimat atau hemat berbelanja. Malah aku tak sanggup nak keluarkan duit. Pembazir? Oh jauh sama sekali.

Mega sale still tak habis lagi bermakna aku boleh la beli seluar baju murah. Bag aku pun dah nak masuk tahun ke-8 aku guna. Tapi aku still tak nak tukar. Why brain? Why?? Tapi kalau tak guna duit, duit tetap akan habis. Membazir? Entah la.

Tiba-tiba laptop aku jadi obese seperti tuannya. Free space tinggal 700mb je. Jadi aku perlukan otak kedua untuk menyimpan file-file bermakna. Kalau setakat rm50 untuk beli baju pun tak nak, ini nak habiskan beratus-ratus ringgit? Yoga 7 hari berturut-turut pun xpasti boleh jawab soalan ni ke tak.

Tapi nanti 27 dis ada appoinment dengan doktor kulit bermakna alang-alang aku dah keluar rumah, aku boleh la pergi lowyat memburu hard disk. 2 hari lagi. 2 hari ni boleh mengubah segala keputusan aku. Sebab aku dah pernah order hard disk secara atas talian siap private message, siap mesej guna phone lagi, tapi bila dipikirkan balik, aku terus cancel. Itu berapa minit je pikir. Ini ada 2 hari.

Mungkin terpengaruh dengan Mr. Krab.

No comments: