15 December 2012

Physics, Metaphysics and Somewhere in Between

Pembuka gambar:

Im not a belieber

This is a picture taken with my Samsung Galaxy Mini this morning. Stop, rewind, play.

I told you that mak aku ada kenalan yang mengamalkan perubatan mistik. Hari ini beliau datang lagi. Dia ada rasa something dekat pipi aku. Selepas dibacakan doa, that thing ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol. Macam masa dulu, aku pegang botol tu, i can feel the heat inside the bottle. So dah tak terkejut sangat la.

Tapi hari ni dia suruh aku tangkap gambar botol 100+ tu. Berbackgroundkan t-shirt hitam aku, gambar di atas adalah hasilnya. This is an image of pocong (katanya) dalam botol which is scarier than anu dalam botol. Aku ada tangkap gambar lagi tapi imej lebih kurang sama. Dikatakan pocong ini sangat kotor yang menyebabkan aku mimpi sesuatu yang sangat horrible dan kotor dimana aku menyeberangi sempadan negara tapi rasanya aku dekat Selangor masa tu, aku turun dekat timbunan sampah, air sampah, busuk, dan tiba di sebuah nak kata kota tak ada la kota sangat. Aku pergi ke kedai kain kot dan terlihat mayat disorok di dalam kedai. Aku keluar dan mencari jalan pulang dan kembali ke sempadan itu dan memanjat naik sampah. Akhirnya sampai ke bastop dekat Sekinchan, Selangor. Kalau tak silap mimpi itu bersambung-sambung. Dah lupa sebab dah lama sangat dah mimpi benda tu.

Disebabkan aku dah belajar Heat (bab 4 fizik tingkatan 4) dan Light (bab 5 fizik tingkatan 4) yang diajar oleh Miss Loo (pengetua sekolah) dan Mr. Lim (cikgu tusyen Kasturi), aku agak skeptik nak cakap imej ni menggambarkan suatu makhluk. Aku rasa ianya biasan cahaya.

So skeptical membuatkan aku tak nak ambil tahu dan nak abaikan kisah ini.

Few minutes later, aku nak hantar nasi lemak dekat rumah dia sebab dia datang rumah masa mak aku masak so dia dah termakan bau dulu. Disebabkan kami jiran yang baik, bagi la nasi lemak tu walaupun aku sendiri tak cukup puas makan nasi lemak.

Bila sampai dekat rumah dia, kelihatan ada seorang wanita sedang berborak dengan kawan mak aku ni. Aku dipelawa masuk dan kawan mak aku cakap "rezeki kau harini". Aku blank.

Kawan mak aku tanya la perempuan tu yang bernama Nurul pasal aku. Oh lupa nak cakap, Nurul ni sangat cantik dan tinggi dan muda macam sebaya, boleh jadi model kot tapi mustahil la dia nak kat aku kan? Lol. Kawan mak aku cakap kat Nurul dia dah buang pocong kat leher aku. Tapi Nurul ni cakap ada lagi dekat dada, dekat belakang badan, dan kat perut. Monolog dalaman berbunyi "dem! magician jugak dia ni". Sentap.

Dekat rumah tu sekarang ada 3 orang yang ada sixth sense termasuk anak kawan mak aku. Kawan mak aku dan Nurul tu bersilat sambil duduk bersila baca doa nak keluarkan benda dekat badan aku. Ditarik dekat dada, ditarik dekat belakang, dan dicucuk menggunakan rotan dekat perut. Terasa dekat belakang badan aku tengah kunyah Eclipse si penyegar mulut tu. Lebih 10 minit terasa sejuk dikawasan yang ditarik oleh Nurul ni dan sangat berbeza dengan kulit yang tak disentuhnya. Rasa skeptical aku goyah.

Bisa dah keluar katanya. Lepas tu kawan mak aku ni menyeru nenek dia untuk datang tengok aku. Nenek dia ni benda ghaib. Mungkin menggunakan telepati, Nurul berkomunikasi dengan nenek itu dan mengatakan aku terkena buatan orang. Orang hantar benda tu menggunakan minyak masa aku sekolah dulu. Dihantar oleh orang perempuan Negeri Sembilan. Too much informations here. Susah nak register information ni dalam kepala.

Jadi sekarang aku tak tau nak percaya benda-benda ni ke tak. Pasal gambar tu aku rasa itu cuma biasan cahaya, tak lebih dari itu (ayattt pehh). 

2 comments:

arifpaan said...

menarik betul. aku pun selalu mimpi bukan-bukan pasal kena rasuk. ayah aku cakap benda tu nak cari pewaris. teringin juga nak tau apa benda tu sebenarnya atau sekadar mainan otak aku yang terlalu genius masa tidur.

themissingikmal said...

ko kena jumpa pengamal perubatan mistik jugak. scary jugak pasal benda ni.