Masa dekat matrikulasi dulu, aku dilantik sebagai Biro
Makanan untuk kelab aktiviti luar ni. Dejavu? Not quite. Dulu order je dekat
abang kafe C Kolej Matrikulasi Melaka. Sekarang aku yang buat. Hasil tangan
diri ini. Kau mampu? Aku tau kau mampu tapi peduli apa pulak aku. Okay lets
move on to the core subject that is outdoor activity. Masa dekat matrikulasi
dulu, aku dilantik sebagai Biro Makanan untuk kelab aktiviti luar ni. Dejavu?
Yang ni dejavu. Dah tulis tadi tapi terzahir sekali lagi. Maafkan kekhilafan
ini. Katanya.
Baru-baru ini The Socialist menganjurkan aktiviti lasak
untuk ahli berdaftar. Barisan ini terdiri daripada Mujahid Nong, pemegang
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di UKM, Fauzan Zuber, pemegang Ijazah
Sarjana Muda Biologi Pemuliharaan di UMS, dan diakhiri dengan Ikmal Ahmad, jejaka
tampan berbadan sedap-sedap dipeluk, berbudi pekerti mulia, tiada cela, dan
keunikan yang tiada tandingan, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Nuklear di
UKM. Walaupun mereka bertiga sahaja yang meneraju the Socialist, tapi kumpulan
itu hebat dipersada dunia. Apa kau ni Ikmal? Tak payah nak ngarut boleh?
Episod kali ini, kitorang ke tempat yang tak berapa nak
suci. Katanya ada tempat orang bercumbuan. Tempat melampiaskan nafsu. Since im
the innocent here, aku cakap tempat nak buang nafsu hiking. Wah baiknya aku.
Pemikiran tak kotor pun. Lol. God know how dirty i am. Okay kat mana? Bukit
Broga. Dan Sungai Tekala.
Kita mula dengan persediaan untuk hari kejadian. Perancangan
ke tempat yang indah tapi tak berapa nak saujana ni telah difikirkan lebih 2
bulan yang lepas. Aku kan baru lagi cemerlang dalam bilik pembedahan, so
tertangguh dari seminggu ke seminggu. Kes balik kampung la. Kemarau sampai
sungai Tekala kering la. Ni nasib baik catu air habis 30 April lepas. Kalau
kena catu, macam mana nak mandi sungai? Sorang segayung?
Bukak balik cerita dejavu tadi. Maka aku lantik diri sendiri
untuk jawat jawatan Biro Makanan. Ceritanya macam ni, karangan lepas
mengesahkan majlis rai jubli perak si Fauzan. Pada mulanya nak buat Kek
Tiramisu, Spaghetti Chicken Mushroom Carbonara dengan Minted Lemonade untuk
dia. Tapi sebab halangan menghalang majlis terhalang, side dish tu dibawak ke
mejlis lain, yakni mandi manda kering tiada. Itu la kekdahnya. Bila malam
sebelum hari kejadian tiba, baru la terhegeh cari daun parsley dengan daun pudina.
Non hado. Kau ada? Tak payah kasi la sebab benda dah lepas. So terpaksa tweak
recipe tu. Spaghetti tak ada sentuhan terakhir. Minted Lemonade yang tak ada
mint dan ditukar kepada Honey Lemon. Oh honey! *nada manja*. Bukan itu sahaja,
Mujahid ada request Cream Puffs. Aku buat breakfast berupa wheatbread disadur
telur kemudian sauté. Roti telur je pun. Berangan nak taip macam tu.
Pukul 1 pagi still tak siap krimpap tu. Dah la salah teknik.
Daripada sebonjol jadi sekeping. Maaf, gambar tiada tapi sedap. Tu je kau kena
tau. Pukul 2 lebih baru boleh tidur. Pukul 5.10, bergegas ke dapur untuk buat
makanan barat tu pulak. Oh by the way, semua benda ni tak pernah buat lagi
melainkan roti telur. So, room for error sangat terbentang luas katanya. Tapi
spaghetti tu cemerlang. Pada aku at least.
Tak payah la cerita pasal pukul berapa pergi tangkap Fauzan
since dia seekor burung sekarang. Tak payah cerita panjang perjalanan lah. Tapi
kena cerita pemanduan Mujahid. Brag gila babi atas keterbilangan beliau park kereta
dekat rumah Fauzan tapi bawak sampai penumpang belakang, si Fauzan,
terpelanting dalam kereta. This is funny! Dia bukan tercampak sekali. Even masa
balik pun tercampak sekali lagi. Bak kata Moja, salah Pojan sebab tak belajar
daripada kesilapan. Mana ada orang kutuk diri sendiri kan? Haha.
Okay paragraph seterusnya berobjektifkan mencari siapa yang salah
dalam insiden terbaling dan terhempas itu. Mangsa, si Jejan. Adakah Jejan bebas
daripada pertuduhan ini walaupun dia seorang mangsa? Tidak. Beliau juga mungkin
penyebab beliau jadi mangsa. Adakah aku selaku co-pilot tidak menjadi suspek
terhadap jenayah ini? Barangkali. Adakah pemandu yang bersalah? Dia mungkin
person of interest tapi dia mungkin mangsa aniaya jugak.
Mujahid Nong
Driver yang pernah mengharumkan nama negara dengan spray pewangi pada pelekat kereta yang tertera nama Malaysia. Tiada rekod jenayah lampau. Tapi memakai sunglass murah untuk buang UVA dan UVB daripada menyilaui matanya. Tapi atas sebab berlakunya polarization terhadap cahaya atau bahasa mudah membenarkan cahaya bergerak dalam satu arah, Mujahid boleh dikatakan cuai dalam pemanduan.
Driver yang pernah mengharumkan nama negara dengan spray pewangi pada pelekat kereta yang tertera nama Malaysia. Tiada rekod jenayah lampau. Tapi memakai sunglass murah untuk buang UVA dan UVB daripada menyilaui matanya. Tapi atas sebab berlakunya polarization terhadap cahaya atau bahasa mudah membenarkan cahaya bergerak dalam satu arah, Mujahid boleh dikatakan cuai dalam pemanduan.
Ikmal Ahmad
Co-pilot terlatih yang pernah memenangi anugerah co-pilot terbaik dalam ekspedisi ke luar bima sakti dan anugerah kapal angkasa berhias paling memukau mata. Ada 16 rekod jenayah lampau. Mata siap ada nightvision. Tapi tak tekan butang autopilot yang mungkin menyebabkan berlakunya insiden ini.
Co-pilot terlatih yang pernah memenangi anugerah co-pilot terbaik dalam ekspedisi ke luar bima sakti dan anugerah kapal angkasa berhias paling memukau mata. Ada 16 rekod jenayah lampau. Mata siap ada nightvision. Tapi tak tekan butang autopilot yang mungkin menyebabkan berlakunya insiden ini.
Fauzan Zuber
Mangsa sebuah insiden. Kesan calar kelihatan pada kulit antara tulang ulna dan tulang radius. Tidak memfailkan kes ini ke mahkamah. Juga seorang yang memiliki jenayah lampau yang tidak mempunyai lesen untuk bela anai-anai. Tidak breakfast. Maka, berat tidak cukup untuk melekat dekat kerusi. Dia mungkin sengaja mencederakan diri dia sendiri.
Mangsa sebuah insiden. Kesan calar kelihatan pada kulit antara tulang ulna dan tulang radius. Tidak memfailkan kes ini ke mahkamah. Juga seorang yang memiliki jenayah lampau yang tidak mempunyai lesen untuk bela anai-anai. Tidak breakfast. Maka, berat tidak cukup untuk melekat dekat kerusi. Dia mungkin sengaja mencederakan diri dia sendiri.
Tapi mereka bertiga tidak bersalah. Yang salah adalah
jabatan meteorologi yang tak lagi membenih awan. Tiada hujan maka jalan raya
kering lalu memberi lampu hijau kepada pemandu membawa laju. Jadi, Fauzan
adalah mangsa centripetal force yang terhasil dek tujahan yang berlaku apabila
kereta berpusing secara tiba-tiba. Tapi tercampak sebab bonggol adalah
kesalahan diri dia sendiri. Tak belajar daripada kesilapan bak kata Mojabi
seperti di para 6.1.2.3.
Selamat datang ke Bukit Broga. Actually dekat ladang kelapa
sawit je pun. Jalan-jalan tiba-tiba sampai puncak. Tu je pun. Tak ada la easy
macam tu. Aku ingat aku selalu panjat bukit nak balik rumah daripada Leisure Mall
dah cukup sediakan aku untuk noda Bukit Broga ni. Haram Jay. Damn gila bila
baru beberapa langkah atas runway, dah penat. Seriously rasa nak give up. Tapi
ku gagahi jua. Kalau ada cable car tak apa jugak. Atau diorang sediakan
helikopter ke. Ni kena panjat. Ada ke patut? Lol. Guess yang aku boleh bagi
adalah kurang 1 jam naik, 30 minit turun. Masa tu apa lagi, si raja selfie
sangat menjalankan amanah dengan penuh integriti.
The view is awesome. By awesome i mean better than the view through the window of my house. Way better. Way way better. Okay cukup. Ada
seorang lelaki cakap “move faster guys!” masa dia naik. Foreigner. Aku nak
ludah muka dia sebab dia ingat aku ni nak naik perlahan-perlahan kot. Dia bukan
cakap direct dekat aku tapi a bunch of people yang ada dekat depan dia. Bila
aku hadiahkan rehat dekat betis, mamat tu sampai. He “hi” me and i “hi” him
back. Atas sebab politeness, aku nak make conversation tapi dia cakap “i cant
talk” sambil kejar nafas. Ha! Tau pun kau yang kau tu tak ada la gagah mana.
Whatever! Pastu dia jadi kawan Moja. Tak jealous. Whatever lagi dude!
Nah beberapa keping gambar The Socialist dan Broga
Nur Ikmal. Kau ada cahaya?
Aku tumbuk kau karang!
Macam mana kau lipat kaki macam tu? Yang penting kaki aku nampak manly!
Dugong gunung. Rare species.
Nampak tak star dalam gambar ni? That monopod!
Menuju puncak gemilang cahaya. Okay ni Nur Fauzan lite-lite.
Yoga. Hilang daun dekat ranting tu sebab aku sedut tenaga alam. Katanya.
Pilates. This is not a statue untuk kau sembah.
Turun tu sakit jugak bila kaki tahan centre of weight yang tak stabil. Tapi tak seazab naik la. Okay menuju Sungai Tekala.
Selamat datang ke highway air, Sungai Tekala. Bila kaki nak pecah sebab terajang Broga, nak menapak tangga yang 3cm tingginya pun tak larat. Rasa nak tumbuk sesiapa yang lalu dekat situ. Tapi aku datang in peace sebab baru lepas bertapa atas gunung sebelum tu kan, so aku sengih sahaja sepanjang jalan.
Air sejuk menggigit 206 tulang manusia. Juga boleh mengeraskan benda yang boleh keras. Ehh. Maksud aku mengeraskan pergerakan. Immobile. Duhhh, kau fikir apa? Kat sini lebih kepada menenangkan diri. Cannonball dari atas batu sangat fun. Tapi mendatangkan musibah dekat Fauzan. Kalau masa kecik dulu terhantuk dinding, mak cium kepala yang benjol lepas tu everything will be fine. Tapi cedera Fauzan tak boleh dicium. Lain jadinya nanti. Hahahaha.
Tujahan air itu mencederakan both, Fauzan dan Moja. Sebab apa diorang tercedera? Sebab diorang belajar biologi masa dekat matrikulasi. Diorang tak paham macam mana fizik itu berfungsi. Maka, itulah padahnya. Kata budak fizik. Lol.
Since Bojan tak guna Xperia Z2, maka tiadalah gambar underwater. Tapi masih bersyukur sebab dia guna Galaxy S3 Mini, boleh snap gambar. S3 mini kan kau punya? Tapi limited la gambar dekat air. Nah kau!
Ni apa kes ni? Semua macam tak ikhlas. Lol.
Flip hair itu wajib. Kalau rambut panjang, lagi awesome kot.
Gambar last, fuck you guna kaki. Hambek!
Bila matahari mula tergelincir, The Socialist pun mula tergelincir. Penat lalu pulang ke rumah masing-masing bagai itik pulang matahari tergelincir.
Kesimpulannya, seronok aktiviti luar ni lebih berbanding lulus subjek Elektrik & Magnet dapat C. Daripada huru-hara nak siapkan makanan sampai habis aktiviti, sangat menggemarinya. Worth every sweat katanya. Kesian boss sebab demam walaupun dia yang tak banyak keluh masa panjat bukit. Thanks kalian sebab jayakan program yang rancang tak berapa proper. I had a great time that day. Harap kita akan plan aktiviti lain tak lama lagi. Tapi kalau nak pergi mall, tak payah ajak aku since i despise shopping mall.
Thanks again Mujahid Nong dan Fauzan Zuber.
Viva le Socialist.
No comments:
Post a Comment