30 June 2013

Me and Football. Unfavorable Cocktail.

Sedang jejaka lain bertempik secara mati-matian menyokong pasukan kegemaran mereka, aku berada di hadapan cermin memanjat syukur kerana memiliki wajah yang begitu handsome. Lol.

Johor lawan Kelantan. Aku tengok. Aku tengok. Aku tengok. Walaupun bola bukan sejenis sukan yang aku agung-agungkan, aku tengok ok. Oh aku bukan nak ulas pasal game tu tapi ingin melontarkan soalan yang susah untuk dijawab.

Majoriti orang support group ikut negeri mereka. Aku anak jati Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sepatutnya aku menyokong KL punya pasukan. Where the hell are they? Aku memang tak paham kenapa tak ada pasukan ini. Atau memang ada tapi semua kaki bangku?

Sepatutnya KL perlulah gemilang sebab banyak kemudahan. Pengangkutan awam pun ada nak pergi Bukit Jalil. Lampu limpah melimpah-limpah. Rumput berbajakan tahi kucing. Seat Ogawa penuh dalam stadium. Apa lagi kau nak? So tak ada reason tak gemilang.

Tapi mungkin disebabkan beberapa faktor di bawah yang menyebabkan KL tak gemilang.

1. Shopping complex bersepah-sepah.
2. Remaja suka berkeliaran show off DSLR.
3. Sibuk dengan update status.
4. Parents kerja balik malam.
5. Rebat RM200.

Kau mungkin tak nampak kesinambungan cadangan di atas dengan tajuk yang dibincangkan. Kalau aku bagi kau 1 point kat atas untuk kembangkan isi tersebut, aku percaya kau akan paham. Secara tak langsung, kau mengasah ilmu bahasa melayu dengan membuat karangan.

Mungkin UTC dekat Pudu Raya tu kena buat padang bola.

Macam mana aku nak minat bola? Baik aku tengok IAAF Diamond League. Atau Tilawah Al-Quran yang dah start ni.

No comments: