Tadi, bakal customer aku yang sudah menempah kek coklat lebih kurang 20 hari lepas dengan tegasnya bersuara untuk membeli kek mangkuk aku. Kek mangkuk vanila sebanyak 40 jongkong. Bukan ibarat mimpi jadi nyata, tapi ni ibarat mimpi di dalam mimpi yang menjadi nyata.
Secara matematiknya atau ekonominya atau bisnesnya atau aktuarinya, 1 kek coklat yang bersalut ganache + 40 biji kek mangkuk = duit!
Apabila hobi mendatangkan duit, rasa gembira lebih daripada gembira hari raya. Kalau ini takdir aku, aku tak akan buka kedai roti dekat nuklear reaktor untuk menjaga kebajikan para pekerja reaktor tetapi aku akan membuka kedai kek yang masih dengan idea berdindingkan konkrit setebal 6 inci untuk mengelakkan kek aku menjadi tidak stabil. Ye, aku tetap nak menjaga kebajikan para pekerja reaktor. Merekalah wira yang mempertaruhkan nyawa untuk rakyat menghidupkan mentol jamban supaya mereka boleh nampak najis mereka dengan jelas.
Dekat rumah stok ready-to-eat cake putus hanya beberapa hari sahaja dan kek baru akan terbit dari oven. I guess i have to donate the cake so tak ada la bapak aku kunyah kek sebagai snek.
Sebelum tengok gambar bawah ni, kena ingat bahawa Galaxy Mini punya camera always tell a negative side of the story.
Vanilla Cupcake Unfinished
The best part of experimenting: "WTF!". In reality, the cake looks a lot better. DeathByChocolateCake Unfinished
Side hobby. Chocolate bar? I dont know.
No comments:
Post a Comment