04 June 2013

Something Big Is Coming

Tidak seperti cogan kata "Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa Depan" yang masih tidak nampak apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Aku telah mengilhamkan harapan dan cuba mencipta masa depan sendiri. Tapi atas sebab tidak mahu jinx it, i wont tell anything about it except its about cake. Thats all.

Every rose has its thorn

Gambar yang aku nak tunjuk bukanlah wallet yang berisi beberapa keping duit kertas atau buku yang aku guna masa aku belajar nuklear dulu atau mysterious wire yang terselindung dek buku ataupun tuala mandi itu. Dan juga bukanlah bayangan almari yang ingin diperkatakan. The rose. Front and centre.

Ini adalah sebuah ros diperbuat daripada buttercream icing yang dipelajari baru-baru ini. Kelopak bunga berwarna biru dan base bunga berwarna violet menunjukkan aku pandai mix and match colour. Bermaksud aku tak ada la buta seni.

Tapi ros itu tidak seperti ros di taman yang dihinggapi lebah pada waktu pagi. Ros ini sangat buruk tapi menggunakan alasan percubaan pertama untuk melarikan diri daripada dihentam kromo oleh pihak yang dengki.

Later ros ini akan hinggap ke kek mangkuk atau kek biasa. Maka, kek aku akan menjadi lebih cantik dan sesuai dijamah oleh mata.

Aku bukan peminat tegar akan bunga-bungaan sebab aku kerja dekat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara tapi lepas buat bunga ros ni, aku jatuh cinta terhadap bunga. Ok nak buat hydrangea. Jadahnya hydrangea tu? No clue what is hydrangea.