07 February 2013

Hak Haiwan dan Tumbuhan

Alhamdulillah, surat layang telah dilayangkan dan telah mendarat dekat rumah aku. Surat berkaitan dengan hak-hak haiwan dan tumbuhan. Ye, mereka juga ada hak untuk bersuara cuma frekuensi yang digunakan untuk bersuara adalah tidak mencapai piawai pendengaran manusia atau saluran yang mereka guna untuk bersuara adalah salah.

Kerja dekat PERHILITAN atau nama penuhnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau bahasa dunia, Department of Wildlife and National Parks. Kerja apa? Aku tak kerja lagi sebab start 13 februari. Tapi kerja bahagian admin mungkin susun-susun fail atau shred kertas tak guna. Eh sorry, kena embrace taman negara bermakna kena selamatkan pokok daripada ditebang dan dijadikan kertas maka mesin shredder adalah barang elektronik yang patut dibenci.

Dari segi tempat kerja, alhamdulillah hanya 2 hingga 3 minit perjalanan dari rumah bermakna tiada pengangkutan, tiada rumah sewa, dan tiada masalah mencari makanan halal. Gaji bersih betul-betul bersih.

In terms of gaji, kelayakan SPM sahaja tapi tak peduli sebab pengalaman lagi mahal daripada gaji yang akan dibayar. Tapi telah dimuktamadkan bahawa aku akan sambung bayar kereta wira abang aku untuk setahun setengah dan wira itu adalah hak milik aku. You read right, i am about to own a car.

Belum kerja dah kira negative moolah. KWSP + kereta + bagi parents + buang duit kat tingkap + lap peluh guna duit kertas = it costs me fortune. Kalau dah tolak benda penting, tinggal berapa puluh ribu je. Bermakna, sorry Mataap, tak dapat ikut kau pergi UK duduk rumah Tarmizi. Niat nak travel masa muda-muda kena postpone. Harap tak kena Alzheimer masa tua nanti.

Alhamdulillah, dah nak kerja dah aku setelah hampir 5 bulan termenung fikir pasal kerja. Oh tapi kerja dekat PERHILITAN tak la permanent sebab dah nama pun contract. Bila-bila masa boleh kena buang. Lagi pun masih berharap dekat HUKM. Kalau tak dapat, harap-harap aku dapat diserap dan bekerja dengan pangkat 41.

No comments: