26 February 2013

Prevention Is Better Than Cure, Katanya

In terms of economics, memang betul. In terms of social science, pun betul. In terms of medication, bullshit!

Klinik atau hospital sudah boleh dikatakan rumah kedua aku dan penghuni-penghuni bangunan ini suka berteriak mengatakan mencegah lebih baik daripada merawat. Ya, katanya. Selepas aku, selaku graduan Universiti Kebangsaan Malaysia menceburi bidang membaca bahan-bahan bacaan perubatan, aku sekeras-keras tulang yang boleh keras menyatakan bahawa statement itu adalah palsu dan hanya digunakan oleh doktor untuk lari daripada ditanya pesakit dengan lebih lanjut.

Sekarang percaya aku atau doktor? Ok imagine seorang pelajar PMR dapat 7A berbual dengan rakannya yang memperolehi 7B. Senang cerita baca kat bawah ni.

PMR 7B: Untung laaa dapat 7A, aku 7B je.
PMR 7A: Rezeki kau tak sampai lagi. SPM nanti boleh la dapat straight A.

Menggunakan perkara yang ghaib untuk melarikan diri sebab kalau tidak, budak 7B akan terus down. So aku teruskan dengan hujah aku di perenggan baru.

Prevention is better than cure. Prevent apa? Kalau pasal medication, mesti la pasal penyakit. Wahai doktor-doktor yang dah berkali-kali naik stage menadah tangan mengambil skrol pengajian, ask yourself this: Berapa banyak penyakit yang wujud?

Kalau hati berkobar-kobar nak prevent sakit mata lepas tu consume carrot juice intravenously, tidakkah orang tersebut terlupa akan gout? Kalau bersusah payah jaga sendi supaya tak kena gout, tidakkah orang tersebut terlupa akan rambut gugur? The list goes on and on. Itu belum lagi cover pasal penyakit yang tidak diketahui pakar perubatan dunia.

Jadi atas dasar ketidaktentuan menghidapi suatu penyakit menyebabkan falsafah mencegah lebih baik daripada merawat perlulah ditentang habis-habisan. Kalau ada debat mengenai statement ini, sudi-sudilah jemput aku untuk menjadi panel pembangkang. Tiba-tiba CNN panggil aku berdebat. Mati aku. Lol.

Oh pasal panel, last week dekat Bicara Siswa ke apa tah tajuk dia, mengupas cerita mengenai mahasiswa, kemahiran, pekerjaan. Something pasal benda tu sebab aku tak tengok dari awal. Ada 3 panel daripada 3 universiti; UM, UITM, dan universiti apa tah lagi 1. Masalah timbul apabila seorang panel daripada universiti-apa-tah-lagi-1-tu yang menjawat jawatan Presiden kelab apa tah, langsung tidak mengupas soalan yang diberikan. Dia hanya mengulang soalan dan mostly mengiyakan soalan tu. Duh! Panel paling sedih sekali.

Mungkin universiti-apa-tah-lagi-1-tu tidak mempunyai pelajar yang lebih cemerlang daripada presiden-kelab-apa-tah. Jadi kualiti program itu sangat rendah. Ironinya, tajuk yang dibincangkan berkaitan kebolehan  berkomunikasi tapi panel yang dijemput tidaklah mempamerkan kebolehan itu dengan cemerlangnya. Ok tajuk sangat jauh dibawa lari.

Prevention is better than cure, katanya.

No comments: