19 April 2013

Spreading Love aka Cream Cheese

Setelah puluhan kali siang malam silih berganti, akhirnya tercapai juga impian untuk menghidang sebiji kek kepada pegawai perkhidmatan awam atau bahasa mudah, kerani. Lol. Hampir kesemua pegawai perkhidmatan awam terkesima akan keberhasilan penyediaan kek oleh aku. Dan kebanyakan mereka bertanya akan soalan mengenai hari jadi. Tolong terima kenyataan.

Hari ini meja aku dihujani dengan pujian dengan lebat sekali. Ada yang makan sekali, ada yang segan nak ambil kek jadi aku ambilkan, ada yang makan dua kali, ada yang tanya aku ada buat bisnes ke, ada yang cakap nak tempah dekat aku. Walaupun 10.38% daripada niat aku bawa kek ini untuk mencuba nasib, tapi aku takut kalau betul-betul ada tempahan sebab in terms of decoration, gagal.

Oh kek itu adalah red velvet. Lagi. Nak bawa kek coklat yang berlipat kali ganda lagi murah takut pula sebab aku masih gagal buat frosting. Red velvet sahaja yang diyakini keenakkannya.

Lovely Friday.

Mungkin lepas ni aku nak buat kek untuk pensyarah aku dekat UKM sebab jasa mereka sangat besar. Ini cuma niat, jadi tak jadinya tidak diketahui.

No comments: