03 April 2013

Penjualan Agama

Islam semakin subur di Malaysia. Alhamdulillah. Cakap mengenai apa sahaja berkaitan dengan agama, ramai yang akan datang mendengar tetapi tidak tahu akan kesahihannya kerana kefahaman adalah berlainan mengikut individu. Agama sepatutnya memudahkan tetapi ada sahaja orang yang cuba menyusahkannya. Malang sungguh bila dua kelompok berselisih faham dalam menegakkan agama yang sama.

Agama dijadikan politik adalah fenomena biasa buat masa sekarang. Tapi apa yang lagi menyedihkan yang ingin diceritakan di sini adalah apabila agama dijadikan jenama. Sebagai manusia yang maha skeptik, skeptiklah aku dalam menerima informasi mengenai produk ini. Ada jenama air mineral yang telah dibacakan ayat Al-Quran. Tu dia.

Minum air yang dibacakan ayat Al-Quran memang bagus cuma apa yang tidak dapat diterima akal adalah harganya. Mineral water yang dibacakan dengan ayat kitab suci dijual dengan harga melebihi RM4 untuk 500ml. Kalau air mineral RM4 dijual di pasar raya besar, mesti tak ada orang beli, tapi apabila label dilekatkan dengan adanya unsur-unsur agama, ia menjadi lebih panas daripada pisang goreng segar daripada kuali.

1. Aku tak yakin yang ustaz baca kitab suci dalam gudang yang dipenuhi air mineral. Mesti dia pasang radio.
2. Aku tak yakin semasa proses penghantaran air mineral yang mungkin telah dilangkah oleh pekerja yang ingin mengeksport daripada kilang. Mustahil kotak air mineral boleh terapung.
3. Aku tak yakin kos air mineral melebihi harga seketul ayam kfc.

Jadi kenapa jual mahal sangat? Sebab kau tahu bisnes sangat menguntungkan bila diselitkan agama sekali. Mungkin lepas ni aku boleh buka kedai makan dan segala lauk pauk yang aku jual dibacakan ayat dari kitab suci. Percayalah orang akan beli telur dadar aku tu dengan harga RM10.

Shame on you ustaz. Ustaz ke?

Kalau dah ragu-ragu, jadi tak payah la minum. Doa sendiri lagi elok. Tapi masih tak boleh terima akan perkara ini. Sigh.

No comments: