04 April 2013

Being a Clerk is Hard!

Aku tahu dalam masa beberapa tahun lagi aku akan mempunyai sebuah syarikat sendiri tapi bisnes apa aku tak tahu. Aku tak nak cerita mengenai aku dimasa hadapan tapi yang nak diceritakan adalah real time story.

Ahad ni berangkatlah aku ke The Aston Hotel dekat Negeri Sembilan untuk menghadiri Bengkel Pengurusan Sumber Manusia selama 4 hari. Baru dekat 2 bulan kerja, dah nak hantar aku kursus. Lol.

Suatu ketika dahulu sewaktu aku memegang tampuk pemerintahan Kelab Sains Nuklear *gtew*, satu-satunya program yang dilaksanakan adalah annual dinner. Aku buat kertas kerja dan bagi ucapan. Tapi aku tak tahu kepayahan division lain dalam melicinkan program itu. Tapi syukur, sedikit sebanyak aku dapat kaut pengalaman itu dan terjemahkan semasa menjadi usus setia bengkel yang akan berlangsung tak lama lagi.

Untuk bengkel ini, aku telah berurusan dengan pihak hotel, berurusan dengan bahagian kewangan, membuat kertas kerja untuk mendapat pengesahan pengarah, bahagian kewangan, dan ketua setiausaha, menghabiskan kertas A4 untuk menyediakan bahan kursus, dan pada hari kejadian mungkin aku akan mengangkat peralatan kursus, menjaga kaunter pendaftaran, menjaga sistem pembesar suara, atau mungkin menjadi hos? Lol.

Being a clerk is nauseatingly tough. Okay im exaggerate. But yes, its hard. Kalau dikatakan pegawai-pegawai atasan banyak kerja, kerani pun banyak kerja okeh. Nak kena check spelling, nak kena check imbuhan. Nak kena check kata nama am. Nak check alamat. Nak kena check ic. Every little detail kena perfect. No room for mistakes.

So lepas rasa kepayahan, kecemasan, kesungguhan, kecekalan, kebertanggungjawaban, dan keikhlasan kerani menjalankan tugas, lepas aku tubuhkan syarikat, aku nak buat parti liar setiap minggu supaya pekerja aku enjoy bekerja.

Tak sabar nak buat kek untuk bagi mereka, para kerani berwibawa, rasa keindahan masterpiece aku.

2 comments:

arifpaan said...

usus setia?! ini.. ini.. ini terma yang cuma para clerks yang fahami!

themissingikmal said...

haha..damn! kau kena faham penulisan ini tak perlukan tandatangan pegawai atasan so tak perlu check spelling. lol

aku belum jadi Tuhan Kerani.