16 January 2013

Fatman Launched

Yes, i am about to bomb a group of students yang tak sedar diri.

Enriching U-235!

Pernah suatu ketika dahulu mereka memperlekehkan aku. Mereka merendahkan aku dengan berpendapat aku Presiden yang tidak membawa makna, tidak membawa perubahan. Kata mudah, kelab yang gagal. Mereka dengan lagaknya memberitahu aku mereka ingin mengaktifkan semula kelab itu tetapi secara tidak langsung mereka memperkecilkan aku lagi. Tapi ada aku kisah? Simpan dulu.

Pernah suatu ketika dahulu mereka membongkakkan diri dengan menghujani aku dengan idea-idea yang meletup minda. Buat itu, buat ini. Ok aku bosan nak guna ayat berlapik since aku nak jatuhkan mereka, so aku kena berlaku jujur. Mereka pernah berkata ingin buat hari keluarga, buat talk dekat luar ukm mengenai nuklear, program peralihan studen dekat luar negara. Tahniah atas kejayaan hari keluarga yang tak berapa nak keluarga walaupun dapat pujian pensyarah. Ok kejap, simpan dulu.

Mereka pernah berfikir untuk buat pameran di booth nuklear dan meminta pendapat aku mengenai bahan yang mereka perlukan untuk dipamer. Aku bagi cadangan yang baik untuk explain dekat public mengenai nuclear reactor since Malaysia nak buat nuclear reactor. Tapi mereka menolak cadangan itu dan keras kepala untuk mempamerkan Nuclear Breadboard KATANYA. Komen aku? Simpan dulu.

Mereka pernah memperkecilkan tesis aku dan tesis kawan aku. Pasal tesis batch aku tak ada masalah sangat tapi tesis mereka? Haaa simpan dulu.

Bombing time!

Korang boleh ingat yang aku tak buat apa-apa dahulu tapi kononnya korang janjikan pembaharuan, kenapa aku tak pernah dengar betapa gahnya Kelab Sains Nuklear selepas mendapat pujian lecturer? Ada lecturer cakap dekat batch aku, batch mereka membudayakan ilmu. Membudayakan what?? Lecturer cakap mereka mengamalkan hidup sihat. Mereka progresif. Mereka aktif. Aku kesian dekat pensyarah tersebut kerana dipermainkan oleh gimik mereka. Kalau aku sampah, mereka lagi sampah!

Mengenai hujanan idea bunga api, adakah korang pernah buat talk dekat luar? Kononnya nak pergi matrikulasi buat talk. Ada? Yang ni aku nak guna teknologi caps lock pulak. AKU RASA KORANG MESTI DAH PERGI JEPUN KOREA RUSIA AMERIKA KAN? Katanya nak keluar negara. Weh, nak tau tak level of kehinaan? Lebih baik passive daripada dream big dengan niat nak jatuhkan orang tapi hasilnya bunyi cengkerik. Cengkerik pun lagi hebat sebab cengkerik BOLEH menghasilkan bunyi. Pertunjukan bunga api korang dekat aku tersangatlah sayu memakan jiwa.

Booth nuklear. Sebab sorang je yang cakap ngan aku pasal benda ni, yang aku bakal bagitau ni kau jangan terasa tau sebab aku aim dekat batch kau, bukan kau sorang. Pameran nuklear. Ok kononnya nak dengar pendapat aku mengenai apa pembaharuan yang boleh dilakukan sewaktu pameran nuklear. Korang nak sesuatu yang lebih mempesonakan seperti budak engineering yang ada tv dan prototaip kereta. Ok korang nak gempak la ni. Aku bagi idea dekat mereka untuk buat model nuklear reaktor dan explain dekat public. Sekurang-kurangnya, outcome daripada explanation tu tak ada la mereka tetap dengan idea mereka bahawa cooling tower tu nuklear reaktor. Tapi, nak jugak bawak breadboard. Breadboard tu permainan budak engineering. Aku tak tau apa signifikannya korang nak bawak breadboard. Nak nampak ada kaitan, maka letak la nama NUKLEAR BREADBOARD. Joking right? Sebab itu aku tak pergi melawat booth nuklear. Baik aku pergi toilet daripada pergi booth nuklear.

Mengenai tesis. Pada suatu ketika dahulu, mereka sangat berkobar-kobar untuk mencari ilham dan harapan untuk mencipta masa depan. Sibuk tanya pasal tesis. Ingatkan dengan semangat yang membara, dapatlah tajuk yang membakar satelit sewaktu memasuki atmosfera bumi, tapi tak jugak. Dengar cerita tajuk yang dihidangkan adalah teruk, dan ada yang meniru tesis. Tajuk yang teruk itu tak ada lah teruk tapi cita-citanya sangat tinggi ibarat budak tadika sedang menyelesaikan soalan kuantum fizik. Tapi atas dasar tidak mahu menghitamkan lagi entry ini, aku cuma cakap tesis mereka teruk. Alasan masa tak cukup adalah sangat cliche.

Disebabkan mereka tinggal 1 sem, ADALAH MUSTAHIL untuk mereka melaksanakan janji mereka yang lebih laju daripada cahaya. Sebab itu aku dengan gembiranya tulis pasal mereka. Korang tak perlu layan aku dengan baik sebab aku tak ada kaitan dengan korang pun tapi kalau nak tanya aku something, aku tak kisah. Yang penting sekarang aku sangat puas hati lepas korang siat-siat kulit aku dalam diam tapi korang tidak sedar korang menyiat kulit korang sendiri. And if you think this post is cruel, i can be a lot crueler tapi disebabkan aku menjaga etika penulisan aku, maka ini la tahap kekejaman yang aku benarkan untuk aku karang.

Macam mana la dinner korang nanti sebab dikatakan korang ada masalah dengan junior korang. Karma dah memperkenalkan dirinya. Viva la Kelab Sains Nuklear!

I love to get the hate from this and i wish korang jumpa entry ni.

2 comments:

..SuRaYa.. said...

dulu kita lagilah tak cukup masa. 3 hari sebelum kena hantar draf baru bagitahu.selang dua tiga hari viva. mampu korang?

alahai.rindunya zaman stress kat u dulu.huhu

themissingikmal said...

yes! ini baru tajuk je dah kucar kacir. tesis nanti macam mana la. sedih!!