15 January 2013

Respect 101

Catfight. I just cant get enough of it. Lol.

Bekas Presiden Kelab Sains Nuklear nak jugak komen pasal Presiden apa tah kau. Lol. Tau tak isu apa ni? Isu debat tak kesampaian dekat sebuah universiti tempatan ni.

Kesalahan pertama adalah apabila a young girl menyamakan Malaysia dengan negara maju. Maka kita sepatutnya dapat pendidikan percuma. 'Fakta' berbilion-bilion sangat menarik untuk didengari dah macam cip poker game dekat facebook je. Malaysia belum maju lagi walaupun angka billion itu sangat besar tetapi sila lihat tahap sains dan teknologi kita yang masih mundur. Sains teknologi je la aku boleh sentuh sebab ekonomi sangat aku tak tau tapi bukti sains teknologi sudah kuat nak cakap Malaysia tak maju.

Aku rasa mungkin ada forum dekat universiti luar negara memaksa kerajaan mereka bagi rebate yang sama nilai dengan RM200 mengikut matawang masing-masing kepada rakyatnya seperti negara Malaysia. Lol.

Aku respek wanita yang bersuara lantang itu kerana tetap berdiri (beberapa minit yang mencabar dalam hidupnya tetapi akhirnya mengalah dan duduk di kerusinya) walaupun dihujani nota-nota veterinary. Tough girl!

Itu tak ada masalah sangat sebab dia bagi pendapat dia je. Salah betul kena brainstorm ramai-ramai dan ini secara tidak langsung boleh mengembangkan minda mahasiswa. Tidak begitu? Kesalahan sebenar terletak kepada wanita yang dirinya lebih tinggi berbanding orang di dalam dewan. Mungkin sebab dia lebih tinggi daripada mahasiswi yang lantang bersuara kerana beliau memakai heels tetapi mahasiswi yang bersuara itu pakai sandals dan mahasiswa lain sedang duduk sama rendah diantara mereka.

Wanita tersebut bukan sahaja mengajar mahasiswa "Respect" terhadap manusia, malah hormat terhadap haiwan. Murni niat saudari. Tapi janganlah cerita terlampau detail sebab nanti Kelab Pencinta Haiwan dah tak ada kerja nak buat. Please jangan buat kerja orang ok? Good girl!

So dekat sini ada beberapa konsep Respect yang diketengahkan yang aku dapat extract.

Rules on how to respect people:
1. 'Orang Kelas Atasan' mestilah disembah oleh On-The-Way-To-Be-Orang-Kelas-Atasan.
2. Sorang cakap, sorang dengar.
3. 'Fact' hendaklah dilaga dengan fact.
4. Tajuk baru yang lebih menarik perlulah diketengahkan terus walaupun tiada kesinambungan daripada tajuk lama.

Aku sangat suka bagaimana saudari itu mengubah tajuk untuk melarikan diri. Semasa aku masuk Persatuan Rakan Sebaya dulu, aku ada jugak belajar pasal tukar tajuk dan aku sangat master akan ilmu itu. Tetapi melihat saudari mengubah tajuk dengan begitu drastik dan dramatik, baru aku sedar sebenarnya ilmu menukar tajuk itu sangat luas dan aku hanya tahu basicnya sahaja. Well done!

Kalaulah isu ini berlaku dekat UKM masa aku bergelar studen dulu mesti best. Akak, kita pun ada degree lah! Respek kita jugakkkkkk. Thanks.

2 comments:

arifpaan said...

you're a Uni student, so learn how to respect. Let me tell you a good story about respect which I saw on Animal Planet yesterday.

themissingikmal said...

hahaha..
jangan pandang rendah kat dia sebab dia ada ilmu binatang kita ada ilmu mandulkan binatang je