09 January 2013

30 Day Shred: Day 21. Workout With Sambal Telur

Aku continue workout pada pukul 1.30 pagi sebab aku tidur sepanjang petang sebentar tadi. Pukul 8 niatnya nak workout tapi singgah ke dapur sebentar untuk menyapa secawan air meleset kerana datangnya rasa nak masak sambal telur siap bubuh gula sikit. Dem. Maka tersuaplah 2 pinggan nasi. Like usual, lepas makan wajiblah MENYESAL.

Apa yang buat lagi menyesal, masa workout tadi, sambal berkocak-kocak di dalam perut nak semula ke bahagian atas badan lalu menyebabkan rasa pedas muncul semula. Oleh hal yang demikian, terganggulah keseluruhan workout sebentar tadi. Rasa nak give up pun datang.

But luckily, aku dapat habiskan jugak workout ni tapi tak seserius seperti hari-hari sebelumnya. Lesson of the day, kuburkan niat nak makan sambal walaupun sambal meningkatkan metabolisma badan.

Aku ada buat research sikit pasal how to lose belly fat ni, dikatakan perlu give up makan roti putih sebab roti bagi tenaga sahaja tapi tak ada khasiat lain. Selama ni kalau aku lapar nak makan nasi, aku akan masak sosej makan dengan roti untuk menggantikan nasi tapi nampaknya kena kuburkan juga niat nak makan roti. Tapi bagaimana pula dengan keropok lekor?

To lose fat is really really hard man!

No comments: