06 January 2013

Highly Recommended Movie #2

Its thriller time. Judul yang ingin disampaikan di sini sangatlah menggigit kuku. The Tall Man. Sorry tajuk tak nampak menakutkan. Oh in fact, cerita ini bukan la cerita seram.

The man behind is indeed taller than Jessica Biel

The Tall Man adalah sebuah cerita yang mengisahkan tentang budak hilang. Penculikan. Cerita yang diketuai oleh Jessica Biel yang melakonkan watak Julia di mana anaknya David diculik oleh The Tall Man. Itu sahaja plot yang dapat diceritakan.

Apa yang menarik mengenai The Tall Man adalah penceritaan yang disampaikan ditunggang-terbalikkan memaksa penonton mengubah idea mereka mengenai cerita ini. The thought of this film is very deep dengan mengajak penonton menyelami perspektif penculik di mana terletaknya mesej yang agak berat yang menjadi nilai tambah kepada filem ini. The acting is very convincing too. Lakonan yang mencerminkan naluri seorang ibu untuk menyelamatkan anaknya tanpa memikirkan aspek lain seperti keselamatannya adalah sangat realistik.

Sayangnya IMDb hanya memberi 5.9/10. Macam mana mereka nilai aku tak tahu la tapi aku bagi 8/10 disebabkan kegeniusan filem ini. Such a good film.

No comments: