12 January 2013

Suara Yang Menggoncang Dunia

Alahai tajuk tu. Sebenarnya tak ada la apa pun entry ini. GCAP lagi.

Kali kedua panggilan daripada GCAP tu adalah disebabkan namaku dipetik oleh brader nuklear, Rahimi Rusland aka abos. Thanks abos sebab prihatin nak invite aku masuk kursus ni. Really appreciate it. Tapi sorry, aku masih tak berminat.

Setelah juri sebulat suara memutuskan aku tidak bersalah, maka pemikiran mengenai GCAP diusir daripada minda yang komplex ini.

Tetapi semasa perbicaraan mengenai kes GCAP berlangsung, aku sempat google mengenai isu ini dan dipertemukan dengan blog Fucked Up yang diterajui oleh seorang wanita yang tidak dikenali. Walaupun dari kecil diajar jangan bercakap dengan orang yang tidak dikenali, tetapi aku ikut acuan orang putih untuk berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali. Maka aku komen la dekat blog itu. Komen aku dihidu oleh blogger lain, Eke Bal dan Eke Bal pula menjemput aku untuk menghadiri kursus ini. Keputusan mengusir GCAP daripada minda ditarik balik sebab datangnya saksi baru.

Perbicaraan diteruskan. Aku sebagai defendant memberi hujah dekat hakim (otak) tanpa mengupah peguam.  Hujah dari sudut kewangan, kesihatan, emosi diberikan dan semuanya disokong oleh bukti peribadi. Akhirnya mahkamah memberi kemenangan kepada aku dan hukuman dibuang dari kotak pemikiran dijatuhkan ke GCAP.

Ok cukup mengarut. Eke Bal, sorry sebab aku tak dapat join kau pergi kursus. Banyak sangat benda yang difikirkan sekarang ni. Aku tak nafikan kita boleh tengok Revenge sama-sama dan boleh brainstorm everything about Revenge tapi aku memang tak dapat pergi. Sorry. Harap kau tak plot revenge untuk aku sebab aku tak pergi.

No comments: