13 January 2013

Highly Recommended Movie #3

Cerita seram adalah cerita yang boleh menerapkan rasa takut ke dalam diri penonton tetapi kadang-kadang boleh menjadi bahan gelak apabila menonton filem itu secara berkumpulan. Filem yang ingin dikongsikan di sini adalah sebuah filem yang langsung tidak membuatkan penontonnya tersenyum apatah lagi untuk tergelak terbahak-bahak. Cerita yang membahagikan penonton kepada dua kumpulan iaitu mengeji dan menyukai. Aku? Aku berada di dalam kedua-dua kumpulan mengikut pilihan mata yang aku guna untuk menilai.

Masa tengah tulis entry ni, baru paham poster ni. Just loved the poster very much!

Pengarah Pascal Laugier juga penulis cerita Martyrs adalah seorang penulis yang bijak dalam memusingkan penulisannya sama seperti cerita The Tall Man. Kebijaksanaan beliau dalam menceritakan Martyrs adalah sangat menyeksa minda dan boleh membuatkan penontonnya ingin menumbuk kain screen panggung, kaca televisyen, screen PC laptop tablet atau menghempaskan telefon bimbit.

Filem yang mengisahkan seorang remaja yang berjaya melepaskan diri daripada torture ville dan ingin membalas dendam terhadap orang yang menyeksanya. The twist? Oh kena tengok sendiri.

Apa yang menariknya mengenai cerita ini, adegan horror dipersembahkan kelihatan hampir nyata seperti menembak orang, menyiat kulit, memukul kepala menggunakan hammer, dan juga adegan penyeksaan. Mind blowing torture scenes. Sila gigit jari semasa menjamah scene-scene ini.

Apa yang membuatkan filem ini jatuh sikit adalah kelambatan perjalanan filem ditengah-tengah perceritaannya. Tetapi kelambatan itu bertujuan untuk spin cerita ini. Tapi still lambat.

Menurut pandangan emosi, cerita ini tersangat melampau dalam mempamerkan seksaan yang boleh menyebabkan penonton hancur hati lalu mengeji tetapi menurut pandangan seram, its a perfect eleven!

Disebabkan aku suka menonton cerita seksa menyeksa ni, aku tak la terkejut sangat dengan shot shot yang dihidangkan. Secara jujurnya aku expect cerita ini lagi kejam seperti apa yang diperkatakan oleh review dekat IMDb tetapi malangnya aku tak capai klimaks semasa menonton. But the storytelling really blows my mind. Sekarang ni aku demam mungkin disebabkan filem ini atau memang musim demam, aku tak pasti. 

Peringatan: Filem ini tidak sesuai bagi mereka yang berhati lembut. Filem ini mempamerkan imej yang sangat tidak sesuai untuk tontonan bawah 18 tahun juga mereka yang atas 18 tahun tetapi tidak cukup matang.

Martyr = witness.

No comments: