18 January 2013

Interbiu: Berserah Kepada Tuhan

9.30 pagi, 18 Januari 2013, first ever interview aku selepas bergelar alumni Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum ni ada je interview dekat Isetan The Garden untuk jadi staff mereka tapi tak dapat.

Position: Pembantu Tadbir Gred N17 Jabatan PERHILITAN. N17? Ah what the hell! Asalkan aku dapat kerja.

N17 dan C41 adalah sangat jauh. Maka aku sangat over qualified. Tapi disebabkan aku berlaku jujur, maka aku cakaplah aku dah ada ijazah daripada Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia. Gamble. Aku tak tau siapa nama orang yang interview aku tapi dia tanya gred fizik aku masa SPM dulu. Sijil SPM aku menyatakan B3 dan mereka terkejut kerana anak melayu dapat 3 untuk matapelajaran fizik. Boleh tak jangan merendahkan orang melayu? Giteww.

Dan apa yang mengejutkan adalah, mereka tanya aku pasal Uranium. Half life uranium. Berapa jenis sinaran, Sinaran alfa, beta, gama yang mana bahaya. Apa kegunaan alfa, beta, gama. Everything pasal nuklear. Aku tak pasti kenapa dorang tanya soalan nuklear kat aku sebab apa kaitnya PERHILITAN dengan nuklear? Mungkin ada. Tapi apa kaitan kerja dekat bahagian pentadbiran dengan uranium? Hah! Soalan panaskan badan katanya. Okay :)

Mereka tanya lagi, bolehkah aku jadi pengerusi majlis? Bolehkah aku berkareoke? Bolehkah aku berkerja dengan pekerja tetap yang tiada ijazah tapi memberi aku arahan? Aku cuma cakap aku kerja hanya mengejar pengalaman dan meningkatkan kebolehan diri aku. Aku jawab tak pasti untuk jadi pengerusi majlis dan menyanyi.

Tapi apa yang menarik sekali mengenai jawatan ini, katanya kerja ini selalu mengangkat barang untuk persediaan pelbagai majlis. Hello, aku nak kuruskan badan, aku nak berbadan mantap, aku nak jadi lagi hensem, mestilah aku nak kerja angkat benda berat-berat. Aku tak nak kerja duduk depan komputer taip-taip melainkan taip blog memaki hamun orang. Kalau taip blog tak apa. Kalau PERHILITAN ada blog mengada-ngada macam aku boleh la aku taip beberapa entry tiap-tiap hari.

Interbiu aku selama 17 minit atau paling lama 20 minit. Tapi aku tetap yakin aku kena interbiu selama 17 minit. 18? Ughhh.

Aku harap dorang telefon aku secepat mungkin sebab aku nak duit untuk ambil lesen. Aku nak duit untuk beli Xperia Z. Cepatla call. Tapi aku lagi berharap PPUKM atau HUKM call aku kerja dekat sana. C41 kot. Lagi tinggi daripada N17. Tapi kalau N17 je yang panggil aku, pergi sajooo. Mana tau dalam masa 5 tahun nanti, aku jadi menteri perhilitan? Angan-angan.

No comments: