07 March 2013

Unparalleled Visions

Conversation. Bila suatu wajah mengeluarkan bunyi untuk didengari wajah lain tetapi kedua-duanya tidak memandang antara satu sama lain, mesej yang ingin disampaikan akan tersangkut di ruangan udara. Akhirnya kedua-dua party tidak akan mendapat kata putus.

Seorang pemuda yang cantik jelita bernama Mira atau RaRa yang bijaksana pernah berkata, "kau kena bezakan antara serious dan jenaka". Apabila sepotong ayat berkumandang, ayat itu berkemungkinan tidak dapat dirungkai sama ada ianya serious atau berunsur sarkastik. Hasil daripada pengeluaran sepotong ayat tadi sama ada bergelak ketawa, tersenyum, tersenyum di bahagian luar tetapi memegang keris di bahagian dalam, sedih, menangis, atau mahu membunuh diri. Perasaan yang jatuh di dalam spektrum emosi ini bergantung kepada kepekatan ayat tadi.

Dan kadang-kadang sebuah ayat yang sungguh ringkas, padat tetapi tidak bermakna boleh mencetuskan suatu pertuduhan. Pertuduhan ini diperkukuhkan lagi jika fahaman dan pegangan hidup adalah 180 darjah antara satu sama lain. Demi menjaga seutas tali imaginasi, persoalan yang timbul perlulah dicampakkan ke sungai yang deras dipenuhi buaya-buaya kelaparan yang sudah seminggu tidak menjamah daging hidupan yang pelbagai di muka bumi yang berumur berbillion tahun.

The relationship saved!

No comments: