30 March 2013

Tired of Hunting the XZ

Harini hari ketiga memburu Sony Xperia Z. Dikatakan dekat Blue Cube Taman Segar tak sampai stok, maka berjalanlah aku disekitar KL; Blue Cube Mid Valley, Blue Cube The Garden, dan Blue Cube Capsquare. Tapi brother dekat Capsquare cakap kat KL memang dah tak ada stok tapi kalau nak kena pergi dekat Cyberjaya. Kelakar lah awak ni!

Persoalannya, kenapa Celcom je yang boleh jual yang ada rebate? Ada staff umobile kata boleh order tapi harganya tanpa menggunakan rebate iaitu RM50 lebih mahal daripada harga yang ditawarkan selepas rebate. Persoalan sekarang, aku tak pernah dengar promo tu. Fishy. Masa dia nak bagi tahu harga, dia siap tekan-tekan calculator yang memberi makna dia mesti tengah kira keuntungan dia atau komisyen dia. Fishier. Katanya order pagi, petang sampai jadi aku agak skeptikal mengenai tahap keoriginalannya. So that was the reasons why i dont fishing my wallet out of the jeans and pay for the phone because everything is sketchy.

Play safe, aku tunggu je Blue Cube ada stok dan aku akan terus beli. At least kalau ada defect, aku boleh je hantar kat situ.

No comments: