14 March 2013

Pastry Journey Attempt #3: Red Velvet Review

Seperti yang dijanjikan dekat blog tapi bukan dekat pembaca blog ini, di sini dikepilkan bersama 2 gambar kek dan satu daripadanya dipamerkan sekali model kami yang sah berumur lebih 18 tahun yang segak bergaya menampilkan hasil ciptaan kami.

Gambar di atas menunjukkan kulit yang super awesome, yang tegang lagi anjal, malah berkilat seperti cermin yang berkemampuan untuk memantulkan cahaya.

Gambar di atas ini pula menunjukkan ketidakpandaian jurugambar kami dalam memilih sudut.

Kek yang dihasilkan itu mempunyai topping yang cair disebabkan kakak dan abang tak sabar nak makan sebab mereka hendak pulang ke rumah masing-masing. Tapi hasilnya sangat memuaskan kerana berlakunya perebutan kek di kalangan mereka.

Jika nak dibandingkan pengeluaran duit untuk bahan bakeri yang ternyata lebih banyak daripada membeli kek Secret Recipe, tapi hasilnya sangat berbeza dan luar biasa. Jika pembelian kek di Secret Recipe dilaksanakan, makhluk-makhluk hidup yang kelaparan biasanya akan memakan sepotong kek dan rasa muak mendarat lebih cepat daripada yang dijadualkan. But my cake tak buat mereka muak. Katanya. Nak ambil hati aku lettew. *Perubahan bahasa yang drastik*

Semua orang yang kunyah Red Velvet ni berpuas hati but me. Aku memang jenis tak suka makan buatan sendiri. Aku lagi prefer buat dan bagi orang rasa. Itu satu kepuasan pada diri aku.

Problems:
1. Cream cheese topping tak keras.
2. Kek dikeluarkan daripada dulang pada suhu yang tinggi menyebabkan kek pecah.
3. Masa penyejukkan kek sangat pendek menyebabkan kek tidak cukup keras untuk dipotong.
4. Ketiadaan pisau yang super panjang untuk memotong kek horizontally menyebabkan kek tidak sekata saiznya.
5. Ketiadaan oven yang besar untuk bakar kek serentak menyebabkan masa yang diperlukan untuk menyiapkan kek menjadi lebih panjang.

Overall, 5 stars punya recipe. Extremely satisfied with the outcome and the backup recipe to substitute the unavailable ingredients. Next cake? Early April maybe.


No comments: