09 March 2013

Pastry Journey: The Beginner's Challenge

Harini sudah ketemu jua aku dengan Sarah si chef hadek2. Singgah sudah ke kedai barang bakeri yang asyik diperkatakan. Beli sudah barang-barang yang dihajati. Tetapi masih ada yang tidak dibeli kerana kedai itu tidak menjual segala barangan pastry.

Apa yang tak ada? Buttermilk. Semua resipi yang ditonton menggunakan buttermilk, bermakna buttermilk adalah bahan mandatori. Nasib baik dekat internet ada idea untuk menggantikan buttermilk. Katanya lebih sedap. 1 cawan susu ditambah dengan 1 sudu jus lemon atau 1 sudu cuka. But still, aku tak ada susu untuk menjadikan buttermilk. Susu untuk jantung je ada.

Tiba-tiba terlihat bahawa aku salah tengok resipi. Aku nak buat kek tapi aku tengok resipi whoopie pie. Lol. Maka ada barang lain yang tak ada. Tepung kek dan Mascarpone cheese. Mascarpone cheese? What the hell is that? Aku macam yakin aku tak boleh jumpa keju tu unless pergi dekat Cold Storage yang menjual barang yang agak mahal. Nasib baik ada orang share idea untuk menggantikan Mascarpone cheese ni. 1 bungkus cream cheese (dem kena beli lagi) dicampur dengan 0.25 cawan heavy whipping cream dan 2.5 sudu krim masam.

Demi ilmu pastry, aku sanggup melompat dari satu supermarket ke supermarket yang lain untuk secebis cheese. Demi ilmu pastry, aku sanggup guna duit aku beli barang yang aku tak tahu tujuan barang itu dicipta. Sorry kakak-kakak makcik-makcik PERHILITAN, saya tak dapat nak bawa kek yang menggunakan keju sebab mahal. Mungkin saya bawa kek coklat yang lebih murah tetapi masih sedap sehingga menjilat kenangan apabila dikenang nanti.


No comments: