24 March 2013

Resurrect, Xperia Z

Wira atau Xperia Z, of course aku nak henfon. Sekarang dah tak nampak aku akan drive kereta soon. Bermakna aku akan menjadi tuan kepada xperia z. Apa yang sedang memisahkan aku dengan xperia z, adalah moolah. Lol.

Launch dekat Malaysia 6 Mac menurut sony malaysia punya website tapi macam pernah nampak artikel dia launch 15 Mac tapi peduli apa aku. I just wanna have it now. Pengeras yang diperlukan adalah sebanyak Ringgit Malaysia 2199 sebab kalau letak RM2200, nampak lagi mahal. Dengan adanya rebate RM200 daripada kerajaan yang sepatutnya mereka guna untuk pembangunan sains dan teknologi yang kini masih tertinggal 70 tahun di belakang US *konfiden je statement. lol*, maka selepas mengaplikasikan matematik, tinggallah RM1999 atau senang nak sebut, RM2000, atau masukkan unsur fizik sikit, RM2k.

So mulai bulan ni, RM500 akan disimpan setiap bulan. Bermakna dalam masa 4 bulan lagi, dapatlah merasa keindahan teknologi Exmor RS.

Typing was interrupted.

Back online. Day 2 menaip entry ini disebabkan berlakunya gangguan siaran kerana menonton Chernobyl Diaries dan Wreck It Ralph semalam.

Dalam masa 4 bulan, cukuplah ongkosnya. Tapi telinga digemparkan dengan ucapan daripada abang aku yang memberi pendapat iaitu menggunakan wangnya dahulu. Since then, kepala aku jadi tak betul macam robot rosak. Aku cuba redakan nafsu tapi tak boleh.

Simpan 500 sebulan dan beli pada bulan ke empat sama sahaja dengan bayar 500 dekat abang habis bayar pada bulan ke empat tetapi henfon sudah lama dimiliki. So Saril, tebalkan dompet anda atau bawak debit card anda. Ayuh menuju ke kedai handphone.

Harap-harap dia tak ubah fikiran.

No comments: