26 March 2013

Mati Kau, Mati!

Tak payah nak takut sebab aku tak doakan kematian sesiapa. Aku cuma menyumpah sahaja.

News dekat Yahoo ada cerita pasal orang potong kemaluan bapanya dan dirinya atas alasan kiamat dah dekat. Tiba-tiba teringat masa dekat matrikulasi sewaktu berlakunya penyebaran video lelaki bodoh yang menyeksa kemaluan mereka mengharapkan kemaluan mereka mempunyai kebolehan yang luar biasa. Jika ada 3.5 bilion lelaki, berjuta-juta daripada mereka pasti bodoh.

Okay ini bukan cerita pasal mereka. Ini cerita pasal mati. Oh tapi aku tak nampak kesinambungan antara kiamat dan potong kemaluan. Bodoh kan? Mungkin aku tak fikir luar daripada kotak fikiran aku macam mereka. Lol.

Apakah yang akan terjadi bila berlakunya kiamat? Mati la kan? Tapi kalau kiamat tak sampai lagi, still mati jugak kan? Yahoo News ada cerita pasal budak lelaki kerat mak dia 15 bahagian. Ada budak lelaki juga racun mak bapak dia lalu mati sebab nak main game. Ini semua kematian yang tidak dapat dijangka.

Kalau nak cerita pasal orang mati, memang banyak. Eksiden contohnya. Tak pasal-pasal mati. Kalau dia ada segulung ijazah, tak ke rasa sia-sia ijazah tu. Bersungguh-sungguh diwaktu muda untuk keselesaan diwaktu tua tapi mati ditengah jalan. Bermalas-malasan diwaktu muda tapi umur 150 tahun pulak.

Aku cuma doakan kematian aku. Mati kau!

No comments: