19 March 2013

Maintenance Inside Out

Dah berbulan-bulan berusaha, aku tetap tak nampak macam Ryan Reynolds. Mana silapnya? Lol.

2 minggu yang lepas penurunan berat masih kekal pada 7kg. Then hiatus until now. Jadi sangat yakin mesin kira-kira berat badan adalah bukan sahabat baik aku, yang sanggup menipu untuk menjaga hati sahabatnya.

Sudah sebulan lebih kerja dan kira-kira 4000 langkah yang digunakan setiap hari secara purata. Masih tidak nampak penurunan mendadak kecuali aku berjaya menyelami seluar 4 tahun yang lepas. Quite an achievement.

Malangnya, my day-to-day walking on my runway tidak seindah berjalan dilereng gunung yang menghijau yang mengeluarkan sperm-like odour seperti mana yang dilakukan rumput dipagi hari. Aku dipanah sinar UVA dan UVB sehinggakan aku tidak perlu tanning kulit aku. Menurut Dr. Faizal, interaction between radiation dan chemical dalam sunblock boleh menghasilkan free radical. But dont worry Dr. Faizal sebab saya minum black tea dan green tea yang banyak antioxidant. Biarlah mereka neutralize free radical tu.

Maka, sunblock perlulah ada. Maintenance aku bukan setakat sunblock sahaja, vitamin c, oat, cereal, susu tepung, dan teh. Sekarang memburu Nigella Sativa oil atau dipanggil black seed oil atau orang melayu sebut habatus sauda. Bahasa arab memang bukan my strong point so aku tak tahu nak jawikan bahasa arab tapi betul la kot ejaan tu.

Betul kata Muhammad Idris, nak berubat kena guna duit. Nak elak daripada diubati pun kena guna duit. Kalau guna semua ni lepas tu muka aku berubah jadi muka Ryan Reynolds, atau sekurang-kurangnya jadi watak Cyclops atau J. P. Davis pun dah rasa berbaloi dengan setiap sen yang dibelanjakan.

Selingan: Aku nak bela rambut balik jadi macam rambut Keith Urban lepas tu dye atau highlight. Pehhh.

No comments: