11 March 2013

Pastry Journey Attempt #3: Red Velvet

Attempt #1 dan #2 adalah Death By Chocolate Cake. Abaikan. Harap tajuk ini tidak membocorkan rahsia aku. Abaikan. Ok sebenarnya experimentasi kek red velvet adalah cubaan untuk dijadikan hadiah untuk birthday Mataab Rahim. Sekarang tidak la rahsia lagi. Abaikan.

Red Velvet. Resipi aku ambil dekat sini. Ok ni resipi orang putih. Huh? Tak reti baca bahasa orang putih? Google translate ada. Apa? Tak reti baca langsung? Tak apa, video disediakan. Eh? Tak boleh download? Guna IDM. Erk? Tak ada internet? Cybercafe ada. Errr? Tak ada jari? Ok aku harap kau tak bunuh diri sebab tak ada jari. Tak ada mata? Im so sorry.

Dalam website tu, makcik tu tunjuk segala step cuma sounding dia sangat problem. Bahasa elektronik, noise. Noise dia sangat tinggi sampai dengar bunyi seakan-akan hujan. So kalau tengok video tu dekat negara kemarau, jangan terpedaya dengan bunyi tu yang kononnya tempat kau dah hujan.

Masalah berlaku dekat Malaysia ni, susah nak jumpa barang bakeri dekat supermarket atau hypermarket seperti buttermilk dan cheese pelik iaitu Mascarpone cheese (baca: mhas-khar-poh-nhhhi). Jadi macam mana cara untuk mendapatkan rare item ini? Kena la melompat dari satu kedai barangan bakeri ke kedai barangan bakeri yang lain. Susah kan?

Jika tiada barang-barang seperti tepung kek, buttermilk, dan mascarpone cheese. Sila klik dekat link perkataan tadi. Corn starch dalam bahasa melayu adalah tepung jagung. You are welcome! Okay habis cerita pasal resipi.

Execution time.

Untuk membuat kek, semua barang yang diperlukan perlulah ada. Kalau tak ada, tak payah ada dalam kepala niat untuk membuat kek. I am not trying to sound like i have a lot of money, but yeah, masa tu aku ada banyak duit sampai aku tak tahu nak buat apa melainkan menghabiskannya dengan membeli bahan-bahan kek. Lol.

True. Nak bake cake kena ada duit yang menggunung. Lagi tinggi dari gunungan cita-cita. I spent more than RM100 dan ini semua salah cheese. Kenapa cheese tak murah macam kuaci? Untuk mendapatkan kek yang lebih berkualiti, bahan yang dipilih hendaklah berkualiti. Contohnya, guna original punya vanilla extract (dekat Cold Storage 1 kotak kecil lebih kurang RM40), instead of artificial one (RM10 dapat 2 atau 3 botol kecil). Disebabkan dah banyak duit habis, mesti la nak beli yang murah kan?

Okay ini pengalaman yang sangat berharga. Untuk menggantikan mascarpone cheese, kena guna susu. Disebabkan aku minum susu omega plus untuk jantung, aku tak nak guna untuk buat kek. Serious bazir. Maka aku beli la susu segar dekat Cold Storage Time Square. Disebabkan dah banyak sangat duit aku habis untuk bahan kek, aku beli la susu segar yang sangat murah. RM2 for 2L. Harga asal RM11 kot. Maka dengan senyuman yang terukir dibibir sehingga terkoyak pipi dibuatnya, aku beli 1 dan bawa balik ke makmal pastry.

Semua bahan dah ada. Bahan basah dah dicampur dengan bahan kering cuma tinggal nak masukkan warna merah dan buttermilk. Aku beli susu sebab tak ada buttermilk la. Sebelum aku campur dengan pewarna merah, aku rasa dulu susu tu. MASAM! Anak buah aku, mak aku, abang aku, kakak ipar aku semua rasa sikit. MASAM! Sebab apa susu tu murah? Sebab expired lagi 2 hari. Lol. Nama pun susu segar kalau makin lama, makin tak segar la kan? Cuba bayangkan kalau aku dah siap mix semua barang. Kek tu terus jadi sampah.

Maka terpaksa la bakar another RM12 sebab aku beli jenama lain. Sakit hati ada, nak gelak pun ada. Tapi memang gelak je la sebab gigih bawa susu tu dari BB naik bas, singgah Leisure Mall, balik rumah panjat bukit, last last masam. Tarmizi suruh aku saman Cold Storage sebab jual susu basi atas alasan belum expired lagi. Katanya, kalau menang boleh bayar kereta abang aku tu. Lol. Susu tu aku beli RM2 je pun. Tambang nak pergi Bukit Bintang pun dah makan RM2.50. Kalau dapat refund pun still rugi dekat transport. Haha. Buang susu, simpan botol sebab botol tu cantik. Just assume beli botol dia je la.

Serious aku beli susu tu sebab aku dah tak sanggup nak keluarkan lagi. So lessonnya, jangan nak beli barang murah yang dah nak tamat tempoh perkhidmatannya lagi-lagi dairy product.

Okay, atas sebab kekayaan ayat pada penulisan ini, review kek akan di muncul di kaca komputer anda tidak lama lagi.

No comments: