19 March 2013

Haven't You Notice? It Is You!

therealikmal is here. And im about to tell you something that was and still is utterly important to me before themissingikmal take over the body. And its related to a post posted before.

Aku sesat. Sesat di dalam lautan manusia yang penuh dengan drama-drama syahdu. Tetapi aku tidak tahu bagaimana aku secara tiba-tiba berada di lautan manusia itu. Sesak. Sesak tidak mampu untuk melangkah kerana sering kali dihimpit drama-drama mereka. Bilakah mereka akan memberi perhatian kepada aku kerana aku juga ingin merasakan suatu drama sama seperti drama mereka yang dikatakan nyata? Mungkin aku perlukan petunjuk.

Disitulah terciptanya kompas kehidupan. Walaupun merangkak dicelah-celah manusia hipokrit, ke arah mana pun yang aku tuju, utara tetap utara.

Kini aku telah berganjak dari tempat asal dan telah berjaya keluar daripada lautan manusia itu. Hanya kudrat yang diperlukan untuk bebas daripada dunia sempit ini. Kompas masih lagi digenggam. Anak panah kompas tetap menunjukkan ke arah utara. Maka ke utaralah aku tujui.

Sudah bertahun lamanya aku meniti jalan ini. Jalan menuju ke utara. Perjalanan yang tidak ditemani sesiapa pun untuk mendengar rintihan hati ini. Aku pendam. Sedih. Tangisan di dalam hati yang tidak tergambar dahsyatnya. Penat. Tetapi masih belum tiba di utara. Perlukah aku berpatah balik? Hatiku berkata kompas ini hanya mencipta keilusian nyata.

Jika betul wujudnya utara, aku akan teruskan perjalanan ini.

Haven't you notice? The north is you.

No comments: