27 April 2010

Student Culture Vol. 6

[themissingikmal season 1 episode 34]

Setelah beberapa millinium askar2 neurone otak berperang menawan empayar subjek2 yg berkuasa besar. Kini sudah berada dalam fasa terakhir. Berperang dengan 2 kingdom serentak iaitu kingdom Electricity dan kingdom Magnetism. Pengalaman berperang dengan kingdom Electricity pernah tercetus beberapa ribu tahun dahulu dan sejarah mencatatkan kerajaan aku tewas dengan teruk dan kerajaan Electricity menang dengan teruk jugak. 50x berperang, 17x aku menang, 33x aku kalah. Bukan kerajaan aku je yg tewas dengan kerajaan Electricity nih, malah 136 kerajaan yg lain yg baru dalam proses perkembangan tamadun, sume tewas gak. Cume 16 kerajaan je yg berjaya menempis segala bebola api serta panahan petir drp kerajaan Electricity nih. Selepas tamat zaman ice age, perjanjian genjatan senjata termeterai antara kerajaan aku dengan kerajaan Electricity kerana kedua2 kerajaan kehilangan berdozen2 askar. Kerajaan Electricity ini tidak lagi dianggap thread kerana hubungan diplomatik sangat kukuh buat masa sekarang. Cume tinggal 1 kerajaan lagi yg perlu ditewaskan, kerajaan Magnetism. Xtau corak peperangannya camner.

Persediaan dijalankan seperti biasa, xtdo mlm. Dan seperti biasa juga, bkn blaja sgt pon masa berjaga tuh. On9 memanjang. Facebook adalah mende yg dh xley xbukak, setiap masa page tuh akan dilihat mengalahkan org usha bursa saham. Ape yg ditengok kat fb tuh? Xtau la. Sume post2 yg sama yg xdikomen org. Ye la, dh kate kol 4 pg. Anjing pon dh tdo kot. Tp still, fb tuh ditenung setajam2nya. I was hypnotized. This is what i call the curse of the facebook.

It was 6 am and i havent read anything yet. Whats wrong with me? Malas thp beyond the limit. Ubat malas nih senang je. Tutop mate kejap, pastu dh xmalas lg. Roh berterbangan tanpa rasa malas. 8 am, bunyik alarm henpon lagu broken-hearted girl by beyonce. 8:03 am lagu cold by crossfade. 8:06 am lagu heartless by kris allen pulak. Motif lagu sedih2 buat alarm? Lagu Crossfade je yg boleh buat aku bgn. Yg len, rase nk nyanyi je walopon time tuh ngah tdo. Rumate pulak kejut2 aku siap smackdown lg sampai kol 9 am. Bangun mandi dan start blaja. Lupe nak mention fb sblm mandi. Blaja pon lom start sebenarnye. Mintak Shila datang kafe sbb nk potostet tutor 13, alternating current. Alang2 kat kafe, bli la makanan tp orang Q nk bayar panjang kot, siap berpusing counter buat air. Siyes ramai mcm org bli tiket citer Transformers. 12pm abes makan pastu start blaja. Nih betol2 nyer.

Blaja alternating current je la sbb dh xde mase kot. Blaja bab nih pon sbb markah byk dlm paper letrik meknet tuh. Abes blaja, besiap set rambut segala bagai ngan tema serabai yg mungkin. I just shake2 my head and thats it. That's my hair style. G nek bus tanpa rasa malu ngan imej yg berbeza, sampailah destinasi, Dectar. Dok mengangkang menunggu masa nak start exam.

Soalan 1 mengisahkan pasal asas meknet yg menanyakan mengenai definisi medan meknet. Tanpa segan silu, digoreng dengan menambah serbuk secukup rasa untuk menjadikan ayat tuh lebih enak apabila dirasa lecturer. 1st soalan pon dh ragu2 nk jwb. Tetibe soh lukis medan meknet toroid. Apakah toroid? Pernah dengar dan sebut perkataan nih tp skali lagi, apakah toroid? Bentuk toroid seperti rollercoaster nyer jalan ke? Sejenis haiwan yg haram dipegang ke? Barangkali sebijik kurma. Mmg aku xtau camner bentuk toroid sampai skrg. Ntah2 sampai mati aku xkn tau ape mende tuh.

Terus melompat soalan feveret, alternating current. Wah, nih soalan sebijik dlm tutorial 13, soalan nombor 4. Numerikal2 yg digunakan untuk melambangkan rintangan pon sebijik kot. Tanpa menghiraukan pengawas yg salu je usha2 studen yg mungkin meniru dlm exam hall, jawapan kepada soalan 5 dikarang sepanjang2nya, sama panjang mcm entri nih kot. Melukis phasor diagram adalah mende paling best mase menjawab. Terriak dan terberlagak sebentar. Mende aku dh salu praktis soalan bab tuh kot tp ade je yg konfius. Nilai impedance adalah 9.22, dan sangat diingat masa menjawab soalan tuh sbb dlm soalan tutor pon, nilainyer same gak. 1 markah untuk saya.

Selesai misi menjawab soalan 5, dh buntu. Nak buat ape? Soalan lain xreti nk jwb sbb aku mmg blaja bab last je. Relax mata dan minda sambil termenung melihat jam yg melekat kat dinding yg bergerak tersangat lambat. Kalo la boleh bgn g ubah time kat jam tuh, mmg aku org yg 1st buat mende tuh. Terseksa kot dok diam2. Exam 2 jam 30 minit lamanya mcm menunggu pizza delivery. Roh tidak tenteram. Pejuang sekeliling ada yg cuba psiko aku dengan mengangkat tangan nk amek kertas lebih. Ikot pengalaman exam pertengahan sem, 16 org je yg lulus. 136 fail. Yg angkat tgn mintak paper lebih nih 16 org yg lulus ke? Statement yg sgt kejam.

Ada sorang budak cina bawak kertas kosong drp luar sbb nk buat kira2. Mase mamat tuh nak anta paper and berambus, die kasi invigilator kertas kira2 die. Mane boleh kot bawak paper luar. Pengawas tuh g ckp kat ketua pengawas pompuan pastu tindakan yg diambil adalah meronyok kertas tuh dan buang. Eh? Ketua pengawas melupuskan bahan bukti? Sepatutnya mamat tuh kene repeat tahun depan kot. Ini tidak adil! Pastu ketua pengawas tuh dtg kat aku saun aku "tau la nih last paper, pakai tshet xberkolar pulak, len kali kene pakai tshet berkolar tau". Aku mampu tersenyum je. Gler la kalo aku nak memberontak. Kang kene halau ngan penyapu lak. Aku rase minah pengawas tuh saun aku sbb die terdengar monolog dalaman aku yg menyumpah die sbb melupuskan bukti kesalahan yg mamat cine tuh buat kot. Biar je la.

Keputusan akhir perlawanan, aku xjawab soalan 4 sbb aku mmg xbace langsung ape2 pasal mende tuh. 1 mende pon xtau kot. Soalan lain dibantai sekuat2nya tp xde la sampai kene masuk kuar mahkamah. Ramai manusia2 yg berjuang terkorban dan mayat mereka diusung keluar. Susah la tuh. Harap2 lulus. Mende kalo xlulus, xley amek Fizik Atom semester depan kot. Menakutkan. Kuar dewan, tangkap2 gambar sikit pastu berambus. Eh, dh abes exam. Bukan lagi junior. Ape nk buat skrg? Sebenarnya dh xde tujuan hidup lepas kuar dewan tuh. The end!


---ikmal ahmad has signed out---

No comments: