21 April 2010

Student Culture Vol. 4

[themissingikmal season 1 episode 31]

Dh beberapa kurun xde exam, tetibe je ade exam balik. Shif2 mlm dibatalkan kerana tiada suspek untuk disiasat. Tetibe ade suspek yg xberbahaya cube membahayakan org2 awam. Tp suspek nih bukan dikehendaki polis seperti suspek2 merbahaya lain yg sampai polis menawarkan sejumlah moolah atau wang kepada saksi yg membuat keterangan sehingga suspek itu berjaya diberkas. Suspek kurang merbahaya ini adalah Tamadun Islam dan Tamadun Asia aka TITAS.

Dikala berehat di rumah kerana diberi day off selama beberapa hari, satu panggilan kecemasan dilakukan. Sangat mencemaskan pada mulanya. Otak menjawab panggilan cemas yg dibuat oleh buku teks TITAS yg berada di lokasi kejadian iaitu dlm bilik 9-222[bilik aku]. Mendengar panggilan kecemasan itu, otak penyiasat xmelaporkan kepada pihak atasan dgn alasan suspek mencurigakan ini tidak merbahaya. Otak mengarahkan segala kuncu2nya aka the whole body menyambung cuti. Hujan pulak turun setelah beberapa minit panggilan kecemasan dilakukan. Reason untuk tidak memberkas suspek kini bertambah.

Keesokkan paginya, satu panggilan kecemasan yg sama dilakukan pada tempat yg sama serta pemanggil yg sama. Kini, suspek terbabit yg dikenali sebagai subjek TITAS telah melakukan vendalism[bilik bersepah] secara tidak terkawal sehinggakan penduduk sekitar[rumate] berasa tidak selesa atas sisa2 vendalism yg ditinggalkankan oleh suspek berkenaan. Kereta kebal[KTM] dinaiki penyiasat menuju ke tempat kejadian.

Kebijaksanaan suspek memonopoli pemikiran penyiasat dengan memberi perkhidmatan teknologi maya iaitu internet, suspek berjaya melarikan diri sehingga 12 mlm. Suspek berjaya diberkas[start blaja] sekitar pukul 1230 am. Membawa suspek ke lokap[atas katil] untuk membuat siasatan[belajar]. Suspek memberi sedikit keterangan[note] atau lebih tpt skali xsampai stgh page. Suspek mengamalkan black magic iaitu jurus facebook dan menyihir anggota penyiasat[aku]. Terlalai lg ngan teknologi maya.

Bahan bukti[soalan past year] dicuri rakan suspek yg menaiki motor. Namanya Bone. Suspek juga mempunyai mastermind iaitu Sayza. Kumpulan ini memalsukan bahan bukti[scan soalan past year] untuk mengaut keuntungan. Penyiasat yg disihir tidak dapat berbuat pape sebab kumpulan ini sangat licik. Xdpt ditrace mane kumpulan ini melarikan diri. Pukul 3am, mastermind dtg menyerahkan bahan bukti kepada penyiasat itu dan mastermind dilepaskan tanpa rasa curiga.

Penyiasat menjalankan siasatan berdasarkan bahan bukti yg diperolehi sahaja. 1 bahan bukti[past year 06-07] telah berjaya dirungkai dan suspek didapati bersalah atas menyusahkan orang awam. Bahan bukti ke-2[past year 05-06] cuba dikaji apa kaitannya dengan kes ini dan secara tiba2, suspek melontarkan gas tido di dalam bilik siasatan. Penyiasat sempat membuat pesanan Save Our Ship or dlm bhs ringkasnya SOS meminta rakan sepasukannya boleh backup time gas tido itu berfungsi[ngantok pastu tido]. Pesanan SOS diterima oleh beberapa rakan sekerjanya, Kellie , Fan, Mujahid, Fara Falato, dan juga Bidin. Mereka melontarkan bom flashbang[kejutkan aku] setelah hampir 2 jam penyiasat terhidu gas tido. Nasib baik suspek xmemboloskan diri meninggalkan bilik siasatan.

Penyiasat meneruskan kerjanya meneliti bahan bukti ke-2 tersebut. Side effect gas tido masih jelas terasa. So, progression menjadi lambat dan akhirnya siasatan terhadap bahan bukti ke-2 tidak berjaya dikaitkan ngan kes ini. Atas sebab kesuntukan masa, sidang mahkamah[exam] sudah hampir dilangsungkan. Bahan bukti ke-3[past year 04-05] tidak diteliti langsung. Penyiasat bersiap2 ngan bahan bukti pertama sahaja untuk dibawa ke muka pengadilan. Penyiasat membawa seribu harapan agar dengan hanya 1 bahan bukti dapat membuat para juri menjatuhkan hukuman[boley jwb exam] terhadap suspek bernama TITAS itu td.

Sambil menunggu sidang mahkamah bermula. Bahan bukti ke-2 terus dikaji. Tp hanya 60% shj berjaya disiasat. 60% ini ada kaitan ngan bahan bukti pertama. So, penyiasat dapat merasakan beliau mungkin menang dalam kes ini. Instrumen2 penghujahan[stationary] disiapkan untuk menghadapi juri. Masuklah ke dalam mahkamah.

Pihak defenden[TITAS] memulakan beberapa hujah tetapi berjaya disangkal oleh penyiasat. Penyiasat juga banyak banyak menanyakan soalan2 yg xdpt dijawab oleh pihak defenden[beberapa soalan senang dijawab]. Org awam yg dtg yg xberpihak kpd defenden[student lain] tidak dapat berbuat apa2 kerana mereka tidak boleh mengganggu sidang mahkamah. Sidang mahkamah ini berterusan selama 1jam 30 minit. Semakin hampir sidang mahkamah itu berakhir, semakin ramai crowd yg datang menyaksikan proses judge itu, melarikan diri. Kesannya, penyiasat mula berasa sejuk kerana aircond sangat sejuk tp semangat untuk menjatuhkan pihak defenden tidak tergugat langsung. Setelah tamat, juri2[pengawas exam] mula bersuara[masa jawab exam tamat]. Perbicaraan ditangguhkan. Keputusan mahkamah akan keluar dalam masa beberapa minggu drp tarikh perbicaraan. Tamat.

Nasib baik aku ade bace past years. Nada Nadhirah ada berpesan tips untuk TITAS, highlight jawapan past year pastu bace ulang2. Tp aku xhighlight sbb malas. Tp mcm boley bla la exam TITAS tuh. Xde pressure2. Cume sakit jari nk hitamkan 250 jawapan. Mende dh la cara aku hitamkan jawapan kat ketas OMR tuh lain drp or lain. Aku shade sehitam2nya sambil mengenakan force sebanyak 2000N. Kalo jumlah force itu dikenakan menggunakan jarum untuk menyocok mende timbulan kat muka aku tuh, kompom sume isi dlm itu terkeluar. Jarum tuh pon mesti tercocok sampai ke lidah. Harap2 la boley dapat A. Tp pikir balik, lecturer ganti yg judge presentation kitorg mcm menakutkan je. Ske tolak markah. Harap2 die pemurah seperti Prof. Arif Kasmo. 1st time igt name die. Sblm nih sangat misteri kot. Nih pon xsure betol ke name die, tah2 salah. Tunggu je la result.


---ikmal ahmad has signed out---

No comments: