16 April 2010

The Making of NUKlear Echelon Nite

[themissingikmal season 1 episode 26]

Ini adalah sebuah dokumentari mengenai kisah pahit manis mengharungi cabaran dan dugaan dalam mengilhamkan harapan demi mencapai sebuah kejayaan yang bermakna dan akan sentiasa dikenang oleh insan2 yang terlibat. Proses pendokumentasian ini mengambil masa yg sgt lama kerana ini adalah entri yg terpanjang yg pernah dicipta oleh penulis asal atau watak utama dan panjang entri ini hampir mencapai durasi filem2 yg ditayangkan di pawagam. Genre dokumentari adalah boring kerana tiap2 peristiwa dicatit dan yg membuatnya bertambah2 boring jika anda tidak terlibat dalam sesi penggambaran kerana anda tidak mungkin akan memahami atau menghayati kisah ini dan dinasihatkan untuk klik butang pangkah berwarna merah yang terletak pada bahagian atas kanan screen anda. Ini adalah kisah aku, budak nuke dan beberapa orang lain.

Sedutan "themissingikmal season 1 episode 20"
Ikmal Ahmad bersemangat untuk join dinner KESAN yg telah lama didendangkan ditelinganya. Tetapi rakannya pula mempunyai konflik yg menyebabkan mereka xdpt join dinner. Klimaks episod itu menceritakan rakan2nya mula menarik diri drp join dinner. Pelerai episod itu, Ikmal Ahmad telah berasa sangat sedih sbb rmi diantara rakannya xdpt join lalu beliau berhasrat untuk melaksanakan program BBQ dan celebration tamat tahun 1 mereka sebagai budak nuklear hasil cetusan 2 minda iaitu Ikmal Ahmad ngan temannya Yuz.


Episode 26

30 March 2010
Ikmal Ahmad menerbitkan sebuah rancangan di nukeTV. Sebuah rancangan yg diberi nama "Announcement". Rancangan Announcement ini bertujuan menarik perhatian budak2 nuke yg lain supaya join program yg diidam2kan beliau. Program tersebut adalah sebuah program yg telah dinyatakan di atas. Tag la sorg2 budak kelas tp xdpt tag sume sbb ade yg xde facebook. Budak2 kelas tuh sume yg xtau pape tetibe je dpt tau ade BBQ. So, mereka pon mengomen program tersebut. Rancangan ini mendapat sambutan ramai dan mempunyai 272 komen. Ikmal Ahmad berasa gembira sbb rakan2nya tertarik menonton episod pertama. Bkn tertarik ape, dorg mcm berminat nk join mende alah tuh. Ikmal Ahmad yg merupakan ahli biasa kelab KESAN menjadi party planner mencari AJK tertinggi untuk membantunya melaksanakan program tersebut. Perbincangan antara Ikmal dan Yanti menghasilkan satu kertas kerja untuk program ini. Mereka membuat beberapa pengiraan yg sgt complex malah lebih complex drp membuat tutorial Electricity and Magnetism. Name tutow tuh pon dh menyeramkan sbb bunyi quite gempak. Hasil brainstorming mencari idea dan segala calculus dibuat, RM12 per kapita adalah fee yg dikenakan sbg pengeras untuk program ini.

31 March 2010
nukeTV menayangkan episod ke-2 nya iaitu announcement pasal tempat, masa, fee dan sebagainye. Episod 2 mengalami kemerosotan dr segi jumlah penonton. Hanya 117 komen sahaja yg diterima atau dlm bahasa matematiknya, kemerosotan >50%. Antara probability2 punca kemerosotan jumlah penonton adalah isi cerita kurang memuaskan atau krew2 publisity xmenjalankan tugas dgn sebaiknya mempromosi nukeTV. Baru aku sedar bahawa orang lg berminat entertainment berbanding announcement.

Perbincangan seterusnya berlangsung semasa kelas titas. Plan yg dh dirancang oleh aku ngan Yanti ditentang sepenuhnya oleh Sayza. Sayza mencadangkan order makanan kat makciknya. Alasan yg simple dan menyenangkan. Segala makanan disediakan dan BBQ dipanggang oleh krew2 makcik Sayza. So time2 membakar boleh diisi ngan game. Sayza berunding harga last2 dapat gak RM10 per head. RM2 tok kek dan barangan lain.

Pada sebelah malam pula, nukeTV melancarkan episod ke-3 di facebook. Motif episod 3 nih bertujuan untuk mendapatkan pengesahan drp budak2 nuklear. Tp skali lg xmendapat sambutan. Salah jln citer ke? Ade rancangan lain kot yg mendominasi otak2 peminat rancangan nukeTV. 88 komen sahaja yg diterima. Kejatuhan sebanyak lebih kurang 25% nilai komen. Aku ske congak! Tp thx mereka2 yg komen walopon byk ngarut.

1 April 2010
Bermulanya hari baru bg bulan April bermakna dlm hidup aku, dh xkn ade March 2010. Sumenye hanyalah tinggal secebis memori yg tidak dapat ditampung oleh Temporal Lobe dlm otak aku. 1 April adalah hari yg penting buat aku. Bkn sbb Aprilfool yg digembar-gemburkan oleh ramai manusia2 durjana yg keje dorg menipu je hari nih tp harini bufday bestfren aku yg quite durjana gak. His name is Amir Mataab Abdul Rahim aka kerak, kwashiokor, watcharakkiah, budak bodoh, budak lahanat dan sebagainya*2 yg terakhir adalah rekaan semata2*. Seorang mulut tercelaka yg penah aku kenal. Seorang yg ske ungkit pasal kebijaksanaan walopon jauh dalam dirinya sedar bahawa dirinya xsepandai aku. Cukop la kutuk2 die nih. Dh lari tajuk citer nih. Tp terpakse citer pasal bufday makhluk nih sbb tarikhnya sama. Dem it! Btw, nk wish ko hepi bufday dan slamat menjalani kehidupan yg dh berumo 20 nih. Nasib baik aku muda lg. Moge pjg umo + murah rezeki + dapat pointer tinggi2 mcm aku. Gudlak ye exam nih. Degree xsame mcm diploma. Memandai la ko nk idop.

Bersambung semula kpd cerita asal. Episod ke-4 diterbitkan untuk mengarahkan nuke troop soh byr pengeras tuk BBQ. Sambil2 minx duit, soh mereka2 supply brg nk melengkapkan party. Lg skali, kejatuhan dr segi nilai komen secara mendadak. 54 komen sahaja. Kesan drp kehilangan penonton, pihak nukeTV menamatkan siarannya bertajuk announcement.

Sepanjang rancangan ini ke udara, pelbagai masalah dilontarkan. Rata2 masalah sbb time bbq clash ngan party lain la, kat rumah la, mahal la and whatsoever. Akibatnya, plan diubah berkali2. Mule2 nk wat ari slase pastu ubah ari rabu. Masalah berterusan drp 1 mende kpd mende lain, ade yg xde facebook, ade yg dh deactivate facebook, ade yg no phonenye xdpt dikesan dan et cetera. Maka sorang2 prebet cube dihubungi menggunakan teknologi maha canggih iaitu koling2 jarak jauh. Maka aku drp party planner berubah kpd operator. Call call dan terus call mereka2 ini, last2 7 org xjoin. Mereka adalah Suraya, Shila, Khairi, Siew Sin, Akma, Yuz dan Bone. Tp yg paling terkilan skali Yuz xdpt join sbb die antara org yg mencetuskan idea BBQ nih. She supposed to be the director of the BBQ night, but silat nyer dinner memaksa die letak jawatan. 2x dinner nuklear ko xdpt g. Nevermind, tahun 2 aku akan pastikan ko dpt join. Anda tergolong dalam list VVIP. Im a VVIP too but im different from you. Its Very2 Inactive Person not Very2 Important Person.

2 April 2010
Jumaat adalah penghulu hari tp jumaat nih adalah penghujung semester 2. Hari yg sgt perfect untuk mengutip duit. RM12. Angka yg aku xkn lupe sbb tiap2 hari aku igtkan manusia2 pelupa tuh. 0002 hrs[style askar tgk jam], seorang pelajar nuklear menyerbu blok aku sbb nk bayar duit BBQ. His name is Pakya. Aku sangat kagum ngan semangat die nk join program ini. Sume dak2 nuke kene contohinya. Ptg tuh, aku plan nk ponteng kelas statistik tp apabila dipikirkan balik, nnt sape nk kutip duit. So personality aku berubah skali lg, drp operator kepada bendahari aka gabenor. Drp 36 yg kompom nk g, 17 je yg bayar. Dem it! Aku bengang sbb rmi yg xkasi cooperation. Mase tuh aku rase mcm aku sorg je yg bersemangat nk berBBQ. Down. Terpakse buat announcement lg tp aku malas nk upload gambar sbb frequency capaian jalur lebar tanpa wayar mudah terganggu apabila frequency cahaya berwarna biru terexcidentally interfere ngan frequency wifi. Kesannya, "upload failed". So aku pon post la statement2 bese kat facebook sambil tag sekow2 yg xbayar lg.

3 April 2010
Hari sabtu mcm biasa tp xbiasa pon sbb aku ade exam golf ptg tuh. Mende nk repair markah exam aku sbb aku pukul mcm taik. Xde kaitan dan the end di sini.

4 April 2010
Ahad, penghujung cuti. Tp ahad nih pon spesial sikit sbb senin xde kelas sbb dh studi week. Tp aku xwujud kat UKM time tuh sbb aku dh balik umah sabtu malam. Sekali lg the end di sini.

5 April 2010
Bermula la cuti seminggu sblm nk amek exam. Sume org ngah blaja bertungkus lumus time2 nih tp bkn aku. Im still havent finish organize the party. Duit xkutip, game xplan, xde permission nk dptkan tempat kat tasik kejut, decoration xdgr citer, sijil xsetel. Im terrified. Cuak sgt BBQ nih gagal. Im not a loser and i will not givap. Tgh hari aku pon cari name tok malam BBQ tuh. Dengan menggunakan Concise Oxford Dictionary Tenth Edition kat laptop aku nih, perkataan2 yg terkeluar adalah Echelon, Kingdom, Kairos, King-sized, Kinship, Ebullient, Eccentric. From these words that seems like to be choose to make the name of the night, it must be satisfied the shortform of the name that is NUKE. 6 hours brainstorming with my ex-roomate kat matrix, Ku Er Huai. I seek help from him cuz he is undeniably good in english. He love Avenged Sevenfold cuz he likes metaphrase lyrics. So we keep chatting until the name of the night, "Nuclearist Unification in Kingdom of Eucharist" was born. Sounds like wow to me. Eucharist adalah perayaan besar tp mcm makan besar bg mereka berbangsa Kristian. Nama yg agak menakutkan sbb takut ade yg membangkang. Meminta bantuan drp golfmate, Chung Jing Xiang, he also good in english. Komennye, nama BBQ sangat panjang n xsesuai. Pastu die kasi cadangan, Echelon Nuclearist Unity Night. Tp kalo buat shortform, jd ENUN. Apakah? Reject! Pastu die bg lg 1 nama, NUKlear Echelon nite. Sume hurup besar jika dicantumkan, NUKE. Menepati citarasa aku. So diishtiharkan nama malam tuh NUKlear Echelon nite. Echelon bermakna 1 level dlm society or profession. Makna lain die adalah troops. Sangat suke perkataan Echelon!



6 April 2010
Pengesahan masih xsempurna. Ramai lg yg xgtau nk join ke x. Kerja sbg operator masih dijalankan. Tempat nk buat BBQ pon xdpt pengesahan lg sbb xde sape nk g jumpe pakgad kat Wisma Aman. Perjumpaan antara ahli2 ajk tertinggi xdpt dijalankan sbb ade yg xdpt join. 6 April xde mende sgt. The end di sini.


7 April 2010
The day that i've been waiting for so long. The BBQ moment. 1030 hrs, menuju ke KTAMS tok bertemu mereka2 yg berjawatan tinggi. Yanti dan Ieda. Destinasi pertama adalah Wisma Aman. Sbb sume xtau Wisma Aman kat mane, aku pon mengandaikan tpt tuh kat UNIKEB. Jalan2 kat situ xjumpe2. Pastu tanye pakgad kat situ mane Wisma Aman, pakgad tuh pon citer la mende tuh kalo dilihat drp google map, berada dikoordinat (30,100,0) meter. Rupe2nye kat sblh tpt park-N-ride. Matahari dh hampir mencapai takat didih, kitorg pon jalan kaki balik kat bustop KTAMS pastu Naik bus zon 3. Tp sempat menyoping air mineral kat UNIKEB sbb takutkan kencing manis.

Setibanya di Wisma Aman, tanye pakgad tuh camner nk minx permisi nk buat BBQ. Pakgad tuh soh tulis surat kpd Ketua Pegawai Keselamatan. Darn! Dgr citer xyh tulis pape surat. Tp nk wat camner, ikot je la ape pakcik pakgad tuh ckp. Nasib baik laptop dijinjing bersama. Terus bukak laptop dan terus menaip. Taip sambil bergelak ketawa pastu karangan format surat kiriman rasmi berjaya dihasilkan. Masalah baru. Camner nak print? Sbg operator, aku membuat panggilan kecemasan. Menelepon Wiyah sbb die ade motor nk soh die print. Telepon Arif pulak nk minx printkan sbb die sekolej ngan Wiyah. Sayangnye printernye xde ink. Harap2 btol la xde ink. Sbb kalo ko tipu, kat blog nih sentiasa tercatat ko menipu melainkan aku edit balik. Memain je. Jangan sentap ye Arif. Arif soh call Ismeth pulak tp die xangkat call. Tdo lg barangkali. Hebat btol tdo spi 12 tgh hari. Last2 Wiyah bawak Yanti mencari tpt nk print. Kolej Ungku Omar destinasi mereka. Aku ngan Ieda lepak kat Wisma Aman. Sangat bersesuaian ngan nama tempat sbb mmg sangat aman di sana. Dh print, mereka pon dtg balik kat Wisma Aman nih. G la tanye pakgad nk anta kat mane. Pastu kitorg jumpe sorg minah nih sbb nk kasi surat yg serba ringkas dan xpadat tuh. Minah tuh pon membaca dan mengomen




dia: "panjang nih je?"

aku: "kami kesuntukan masa sbb kami ade banyak masalah, BBQ nk buat mlm nih"


dia: "awak dah hantar surat kat pejabat dekan Kejut?"

aku: "eh, pakcik kat luar tuh ckp tulis surat tok Ketua Pegawai Keselamatan je"

dia: "awak kene minx permission nak gune tasik kejut jugak"

aku: "owh saya kene tulis surat lg la ni"

dia: "haah"

aku: "ok thx" tp monolog dalaman "dem"


Igtkan dh setel tp kene jumpe Dekan Kejut pulak. Time tuh dh kol 12:30, waktu mereka2 yg bekerja atau makan gaji buta untuk meninggalkan kerja mereka g lunch. Tp nk gamble gak, Wiyah bawak aku g Fakulti Kejuruteraan. Yanti dan Ieda berpesan kpd Wiyah, "bwk anak teruna org leklok". Yeah its funny! 1st time nih naik motor pompuan bawak. Sesampai je kat Kejut, tgk je kat reception counter, xde org. Sah2 makan gaji buta. Baru 12:45 dh lari g lunch. Beberapa minit tunggu tp still xde org. Ya aku degil. Menyumpah2 la skjp sblm menuju ke destinasi seterusnya, Pusaneka.

Tengah2 mengunyah, tetibe ade org promote perfume. Brand baru. Xigt lak. Maklum la memori rendah, nama bapak sendiri pon kdg2 lupa. 90ml = RM180. Promosi gila bak kate promoter tuh, die jual RM80. Promosi lagi gila-gila, promoter tuh ckp buy 1 free 1. Bau mmg fresh tp membosankan. Perfume aku bernama Dunhill Desire 50 ml berwarna merah[ori ye, bkn pasar malam or petaling street] yg tinggal 2 3 titik tuh lg sedap kot walopon dh bosan pakai. Bila la nk bli perfume baru? Bile la duit nk masuk?

Dh abes kunyah kat Pusaneka, g dok kat bwh Dewan Anuar Mahmud aka DAM. Tp bilik die seriously dem! Xde sofa, xde tilam, even bantal pon xde. Menyiapkan keje sikit pastu g Fac Kejut lg skali. Ye, Wiyah yg bawak. Wiyah, ko la heroin #2 dlm citer nih sbb kalo ko xde, aku susah nk bergerak. Sampai je kat reception counter tuh, nasib baik ade org. Igtkan dh abis keje, nk balik umah dh. Tanye sikit nk anta kat mane, akak tuh soh g pejabat Dekan. Tp Dekan xde. So org2 dlm tuh pun bergerak2 ke hulu ke hilir, jalan pastu patah balik. Wah, dh mcm Malaysian Next Top Model dh. Cycle 23990 barangkali. Aku nk cop je. Bkn minx Dekan sponsor 5 juta nk bukak restoran yg aku idam2kan selame nih pon. Nasib baik ade Wiyah. Berborak2 la kejap. Pastu sorg mamat yg sgt gagah dan agak maju kehadapan mengikut pandangan dari sudut x iaitu angle pada perutnya. Rupanya Timbalan Dekan. Aku dipanggil masuk ke dalam pejabatnya ngan memakai baju muda mudi yg xkene langsung ngan tema tempat kerja. Wiyah nk lepak luar tp diarahkan masuk skali. Die pon ckp surat tuh ringkas dan xpadat. Tp die xkesah. Pastu die ckp, tasik tuh bkn Kejut nyer. Die soh aku g minx permisi drp Canselori lak. Aku pelik, nape name tasik tuh Tasik Kejut tp milik Canselori, nape bkn Tasik Canselori? Xde keje aku nk g Canselori. Pastu aku minx nk wat kat parking lot. Akhirnya diberi greenlight. "Tiada halangan di blablabla dan premis FKAB"[xpaham tulisan dia! Im not a doctor] tercatat kat surat yg ringkas serba xpadat tuh. Special thx to Prof IR. Dr. Mohd. Sobri Takriff. Yes! Aku ade surat indulgence. Aku ley buat apa shj n sumenye boleh dimaapkan.

Kembali ke markas bwh DAM, citer2 sikit pastu potostet sijil grad tahun 1. Thx to Abey lak sbb membantu wat sijil tuh. Pastu balik bilik masing2 tok berehat. Kol 6, bergerak ke Rahin Kajai menunggu Sayza sbb die ckp die nk anta. Sampai je pastu start wat deco yg diilhamkan oleh Sayza. Deconya sgt simple tp aku sangat berpuas hati. Bulatan2 kertas yg mengandungi alfebet2 terpilih, disailortapekan bersama2 sebatang lidi yg diimport khas dr kedai ape tah. Tanye Yanti ngan Alia sbb dorg yg g bli. Pastu dicocok kat tanah mengikut susunan untuk menghasilkan nama NUKlear Echelon nite. 3 batang lilin diletakkan untuk menemani serta menyinari deco tersebut.

Dak2 laki rmi yg dtg awal. Ye sgt ramai sampai dh xtau nk soh dowg buat ape. So dorg kene cari meja sbb nk letak mende2 yg xsepatotnye kat meja tuh. As the day descends, mereka2 pon pulang ke kamar masing2. Ye, dak2 laki balik g smyg. Aku tinggal bersama2 mereka yg dh bertekad xnk balik bilik. So smyg la kat Kejut. Dont judge a book by its cover. Dlm kes nih, dont judge a building by its physical appearence. Mcm org pulak bangunan tuh siap berfizikel appearance. Sangat unik dan menakutkan.


Yeah mlm menjelang! Mane kateringnya? Mane makcik Sayza dan krew2nye? Dorg gerak kol 7pm sbb takot jam. So diramalkan mereka akan selamat arrive at 8. Mmg btol pon kol 8 dorg sampai. Budak2 dh rmi yg dtg tp makanan xde lg. So nk wat ape? Biarkan mereka berborak2 dulu. Yela kate nak mengikat silaturrahim sesame dak2 nuke. Aktiviti2 bebas dibenarkan demi menunggu ayam yg dh diperap tuh selamat untuk dihadam. Tp still ayam tuh xsiap lg. Aktiviti yg xdirancang ini berlanjutan sehingga waktu menunjukkan 30 minit selepas pukul 8. Kol 830 la tuh. Pastu MC bernama Yanti[byk betol jawatan Yanti, gile kuasa kah?] memulakan game sambung2 ayat. Best gak. Hafiz aka Boye Malas terkantoi nk sambung ayat, so die kene jawab soalan. Sapekah antara budak2 nuke yg anda benci. TuuuuuuT! Aku sentap. Tuh ape yg die rasa. So aku diam je. We can't force people to like us. Dh dekat 1tahun jadik budak nuke, aku dh dgr byk citer pasal benci membenci nih. I hate it so much. Ulang serta edit ayat di atas, I can't force people to like others. But i'll try my best to make them comfortable with others. Ye ye je.

Tetibe je dh ley makan. Nasik lemak, bihun goreng[thx kat Zira sbb sponsor, nnt sponsor lg ye], BBQ ayam dan udang, hot dog, nugget, kek swiss roll ke ape tah, hummmm tuh je kot. Je? Rm10 tp makanan die exaggerate. Kalo aku tau makanan byk camtuh, ley aku charge mereka RM15 ke RM20 ke. Makan sambil bergelak ketawa. Mulut dwikerja. Kunyah2 sambil kahkahkahkah. Uniknya manusia. Sambil2 bergelak ketawa, bermain game pula. Game soal menyoal. Mmg idea drp citer Spontan. Xigt sape mule2 start. Pastu kene reject sbb xdpt tanye soalan. Tukar orang. Camtuh la prosidurnye. Sampai satu tahap, si Arif mencabar dan berjaya menumbangkan Maber agaknya. Arif mempertahankan kejuaraannya beberapa kali. Dh nk masuk final, Sayza pulak malaungkan cabaran walopon time tuh die ngan berBBQ. Gado3 punya lama sampai satu tahap, Sayza tanye soalan kamikaze. "Awak teruna lagi ke?". Mungkin Arif nk menjawab or nk share stori pasal keterunaan tp xdpt berkata apa2. Lalu juara bertahan disingkirkan. Masuk lak Muhd. Pergh. Lawan2 la antara penyangak ngan pak imam. 2 2 xnak mengalah. Last2 game diberhentikan. Tiada pemenang. Seriously fun.

Hiburan terus didendangkan lg dgn nyanyian Cici sambil ditemani 2 pemain gitar iaitu Muz ngan Arif. Nasib baik aku soh Arif bwk gitar. Tp lg bernasib baik Muz bwk skali. Aku xsuroh pon tp die bawak. Bagus! Sgt memahami kehendak party. Dorg main gitar, ade la yg melalak2 lagu melayu. Aku antara segelintir2 yg mendiamkan diri sbb aku mmg xdgr lagu melayu. I hate the lyric. Lirik lagu omputih walopon makna mcm sampah, tp sedap dgr. Lain pulak kalo lagu melayu. Ade je lirik2 pelik, rase jijik pulak. Itu adalah fakta! Tp ade 1 lagu melayu yg dorg nyanyi buat aku nak nyanyi gak but im not. Lagu mambai rasenye. Kecik2 salu dgr kot.

Pastu main belon pulak. Game die kene protect 3 member. Tp team aku ade Boye Malas. Spatotnye kene protect tp aku nk betray. Berlari2 sambil membaling belon berisi air. Baling la merata2. Basah suar aku tp nasib baik basah sikit je. Pastu ade upacara memotong kek pulak. Memandangkan birthday Sarah dh dekat, nyanyi la lagu bufday skali. Happy birthday Sarah! 1 kek berwarna putih ade semut bergelimpangan kat krim kek tuh, terpaksa la gune kek buat game. Mangsa Boye Malas, Yanti ,Sayza, aku pon kene gak. Pakya! jage ko! Aku akan balas suatu hari nanti. Sebab ko kek bertepek kat rambut aku. Banyak kot. Tp thx ye. Sebenarnye, aku ske gak main kek nih. Sebelum tamat, anugerah penyampaian sijil watikah grad tahun 1 berlangsung. Sume yg hadir menerimanya. Yg xdtg ade kat aku. Tp short 1 helai. Dem it! Terima kasih ditujukan kepada sume2 yg join. Anda mmg gempak! Thx kat Bone Acap ngan Lan sbb dtg gak walopon BBQ dh abes. Thx so much

Segala penat lelah memikirkan idea dan berusaha menjayakannya sangat berbaloi. Walopon plan dalam waktu yg singkat, tp berjaya gak. Pelbagai experience berjaya dikutip dan segala macam perasaan dpt dirasa mase nak wat party nih jd reality. The most important thing is, ade banyak memori berbentuk digital dihasilkan. Tahun 2 semester 1 bakal mempunyai agenda tersendiri. Nantikan.


Special thanks:
Yanti, director NUKlear Echelon nite yg sgt berjasa dlm menjayakan program ini dan
juga jadi MC.
Sayza, makanan bersama2 decoration
Ieda, menyumbang idea serta mendapatkan pengesahan drp Wisma Aman
Wiyah, transporter yg sangat2 membantu mendapatkan pengesahan Wisma Aman serta Timbalan Dekan Kejut
Muz, pembekal speaker dan gitar
Arif, pembekal gitar








---ikmal ahmad has signed out---

No comments: