03 March 2010

Shape Shifter

mak aku citer,abg2 ngan akak2 aku*5 orang kesemuanya* dlu makan nasi dalam dulang. mak aku suapkan dorg gilir2. sape2 nak disuapkan nasi,kena amek nombor giliran kat dapur. tapi aku xbersama2 mereka makan sebab mase tuh aku sekitar (20cm x 20cm) isipadu*merujuk kepada baby*. so aku tak rasa kemeriahan makan berebut2. beza aku ngan abg aku 4 tahun. dorg kanak2 aku baby2. lom sempat aku evolve kepada kanak2*ni bkn teori evolution yg citer pasal manusia evolve drp beruk*, aku dah jadik abg. lahir la adik aku(jumlah makhluk2 yg perlu dididik = 7 org.ramai dan meriah selalu). bila aku dah jadi kanak2, senior2 tuh dah jadi remaja. maka aku ngan adik aku je la begaduh mintak mak suap nasi.

masa kecik2 tuh, main la bola kat padang pastu main bola kat tingkat 4 sampai pecah tingkap umah jiran tetangga, main kejar2 main polis entri, nyorok2, main guli, sepak takraw(tekong terbaik darjah4,sekarang hampeh!)tangkap2 ikan kat longkang*ye! aku penah masok longkang* dan segala2 permainan yg mampu meningkatkan sistem kardiovaskular. makan banyak mana pon, badan xnaik2.

sebagai seorang pengawas kat skolah*pengawas: darjah 4 spi tingkatan 5*, diberikan privilege untuk kuar rehat 10 minit awal. sbb xde studen lain yg dpt kuar lg awal drp pengawas, maka terlihatlah variety of foods menyebabkan aku xtau nak makan ape. padahal sebenarnye aku makan ayam seketul yg sangat besar lg besar drp fishball. acah je. siyes besar mcm penumbuk org. makan bersama2 french fries dan beberapa batang "biskut rokok". biskut berbentuk stick, term ini masih digunapakai spi skrg. kerana bapak aku bekerja sebagai anggota polis, xde la aku makan masakan chef peribadi. cuma itulah menu hari2 tapi xpenah rase bosan. aku xmakan nasi kat skolah. tuh xbesar2.

darjah 6, nak kene enjek bcg.*bcg xnk kasi budak2 kene penyakit hepatitis B barangkali*. doktor soh timbang berat. sangat anxious nak tau berat badan brp ala2 citer The Biggest Loser. xde. tipu belaka. aku xkesah pasal berat kot. XXXXII berat aku. wah, beratnya. mase darjah 1, aku seberat XIX kg je. doktor tuh kasi surat lebey berat badan. tercatat "kurangkan gula, kurangkan makan makanan berminyak dan karbo", senang citer kurangkan makan. disebabkan aku kanak2 yg ade akal tp xde function, aku defy sume cakap doktor tuh.

tingkatan 3, cek2 berat je dah masuk dalam golongan nombor2 jackpot. sayangnya penimbang tuh xkuarkan token melimpah2. kalo kuar, aku dh dok kat beverly hills dh. berat muatan aku masih xdpt menakutkan aku. rutin harian diteruskan dengan makan mende2 terlarang. silap. mende2 dilarang doktor.

tingkatan 4, berat still naik tp naik gradually. mencecah ke angka yg baru. nombor bertuah bagi org cina tp mcm nombor malang bagi aku sbb aku xnk seberat demikian. saiz baju yg dulunya saiz S or very2 the small size kini sedikit lebih L. owhtidak. baru la rase nk turunkan berat badan.

disebabkan air tangan masakan mak aku lebih sedap drp air kaki ayah pin, i cant resist the temptation. mak aku masak pape sume sedap even telow mata kerbau aka telur mata pon sedap gak. dah adik beradik sume gedabak2. lg la tercabar kalo ade org ceduk nasik. tapi agak terkawal la. graf berat vs time terus terbentuk dan dipaksi y masih menunjukkan peningkatan apabila x meningkat hari demi hari. tapi nasib baik xmencecah penghujung nombor. its frightening.

ditakdirkan untuk berpisah daripada keluarga selama setahun untuk berjuang mencari ilmu untuk memajukan keluarga di alam matrix. makanan dicatu kerana aku kene belajar berdikari. maka pola graf berubah sama sekali. 12kg berjaya disedut keluar drp jasad ini. pujian2 dilemparkan kat aku kate aku dah kurus oleh beberapa member skolah dan cikgu skolah.

kini bergelar mahasiswa, satu bebanan yg ditanggung sangat berat.*ditakrifkan berat badan bukan beban studi* nilai sebenar is classified. rumah pulak dkt ngan UKM. jarak dianggarkan ln2/t1/2 dimana t1/2 adalah 1jam3ominit naik 3bus. maka disunatmuakkadkan untuk balik tiap2 minggu. nafsu makan kat umah sangat liar. minimum pinggan tok skali makan adalah 2. maximum 3. pastu xley gerak. komplikasi akibat usus2 dipenuhi makanan. duduk diam membiarkan jus2 penghadaman buat kerja overtime. 1hari melantak kat umah, 6hari menyesal kat UKM pastu ikat perut. graf yg diperolehi seakan2 graf berbentuk sinusoidal naik dan turun sama seperti Siri Fourier dan ditambah dengan Siri Laplace tetapi nilai y nya yang tinggi dan sangat menakutkan.

tapi arini ade budak kelas ckp aku nmpk kurus. nih rasa nak ikat perut slalu nih. misi ingin mencapai berat badan ideal 65kg diteruskan. walopon lom spi 65kg, baju saiz M pon dh boley pakai. thx Nur Azera Izati sbb ckp aku kurus walopon ko menganjeng aku*harap2 ko xmenganjeng la*, semangat kembali membara dan terbakar tanpa menggunakan oxygen.*bkn complete combustion bkn incomplete combustion*. misi 65kg menjelang grad 2012.


---ikmal ahmad has signed out---

No comments: