16 March 2010

Ordinary People

[themissingikmal season 1 episode 16]

Keputusan telah dibuat untuk pulang ke habitat asal iaitu UKM setelah beberapa jam berehat di rumah. Perjalanan yang agak panjang menaiki bas rapid yang xde la rapid mane pon. Selow je bawak. Matahari atau nama saintifiknya "sun" merembeskan sinarannya pada 11am dan panasnya seolah2 rendang ayam berendam dalam kuah rendang ayam.*abaikan*. Akhirnya selamat tiba di pengkalan.

Tutorial Letrik Meknet tidak disentuh lagi. Tapi, lebih memilukan kertas tutorial pon xde sebab slase lepas sengaja ponteng. Maka henpon Sony Ericsson K810i yg nazak dicapai untuk membuat hubungan jarak jauh sesama teman sekelas. Yuz namanya. Cubaan meraih simpati berjaya apabila beliau seperti nama di atas mengatakan bahawa kertas tutorialnya akan diserahkan sepenuhnya kepada seorang rakan sekelas lagi bernama Pakya. Secara tiba2, seorang lagi rakan sekelas bernama Fan memberitahu bahawa keputusan mid semester Letrik Meknet dah keluar. Mid sem LM = Final LM part 1 sebab mid sem nyer markah same je ngan final nyer markah. So, final LM nanti adalah Final LM Part 2.

Bangunan Fizik diterokai untuk mencari skrol yang mengandungi markah2 LM. Gotcha. Jumpe. Teringat balik seorang Dewi Letrik Meknet bernama Dr. Zalita aka my tutor memberitahu markah yg paling tinggi die tanda pon 14.5/40. Perasaan berubah sekelip mata drp cool-curious-anxious-afraid-shock-down. Sangat down tgk markah 17/50. Tapi sebab xpernah target papepon, terima je la. Usha usha dan usha. Ramai kot gagal. Yang disangka hebat tapi markahnya tidak seperti yg dipikirkan. Yang pemalas mcm aku yang tidak disangka hebat, tetibe hebat gak walopon gagal. Sumpah susah. Meh tgk gambar kat bawah nih.


Setelah siap menyalin tiap2 bait perkataan yang tercatat pada kertas tutorial Yuz, selesailah misi untuk harini. Pulang berlari2 anak memanjat bukit mengejar bus zon U sambil diserang molekul2 hujan berkelajuan 78 x 10 ^ 7 meter per seken. Menggigil kesejukan dalam bus membuat aku flash back masa hadapan. Pelbagai aneka soalan dipikirkan. Tapi bukan Multiple Choice Questions. Sume subjektif. Nak lulus LM camner? Nak improve pointer sem nih camner? Nak masak nasi minyak camner? Nak g New Zealand camner? Tp yg plg penting skali, Nak grad 2012 camner?...pelbagai soalan melantun2 dalam kepala tapi xde sape yg dpt jawab. Adakah saya akan blajar LM lebih teruk berbanding sebelum nih? Sebenarnya sebelum nih mane ade blaja pon. Sume tiru orang. Jawapan saya: TIDAK! sepatah haram formula aku xpaham. Harap lulus je la. Hidup diteruskan seperti biasa.



---ikmal ahmad has signed out---

No comments: