19 March 2010

Experiencing 7 Euphoric Hours

Atas permintaan ramai, siaran cerita ini yang dijadualkan ditayangkan 15 march tetapi terpaksa ditangguhkan 4 hari demi memberi ruang kepada rancangan yang tidak berfaedah dan tidak bermoral yang lain. Terima kasih kerana setia menunggu episod kali ini.


NARRATOR:

Ni sebuah story yang mengisahkan secebis journey yang dilalui oleh watak utama iaitu seorang pelajar nuklear bernama ikmal apabila dipaksa menghabiskan a few quality hours yang sangat precious yang sepatutnya dihabiskan bersama2 keluarga Encik Ahmad tetapi malangnya tidak. Bermulalah stori diperenggan bawah ni.

[Sedutan episod 16]

Ikmal ahmad telah diserang penyakit pandemik tahap 8. World Health Organization(WHO) menggelar penyakit itu "demam". Demam adalah penyakit yang boley berjangkit atau disebarkan melalui lebuhraya persekutuan, laluan sungai malah laluan udara. Ikmal memutuskan bahawa beliau akan pulang ke rumahnya yang terletak beberapa belas kilometer dari madrasahnya iaitu UKM. Bertujuan untuk berubat style tradisional iaitu tido. Berubat style tradisional ini sangat mujarab dan diakui WHO.

[Episod 17]
Ikmal ahmad tidur sehingga pukol 4ptg 14march dan dikejutkan oleh lagu berjudul Hymm For The Shameless oleh Alesana berkumandang*name band ni dh slalu ade kat post2 yg lepas dan diharap anda tidak menyirap*. Miss buat kali pertama. Beberapa detik kemudian berbunyi lg henpon ni dgn lagu yg sama*nak ke aku ulang balik tajuk lagu tuh?*. Usha nama org yg membuat panggilan jarak jauh tuh, "radioactive alia". Alia mengajak menghadiri majlis meraikan hari lahir Nurul Sareeza Azidin tp lebih manja dipanggil Sayza. Terpaksa mencari orang lagi untuk memenuhkan Avanza berkapasiti 8 orang. Tapi berjaya menarik member laki bernama Arif Farhan. Tau2 je dah cukop korem. Tapi sebenarnye terlebih sorg. Poor Yuz sebab mule2 mcm xsure nk join tp aku call die ckp "okeh". Call Alia balik rupa2nya Paul dh ganti tpt Yuz. Yuz, sry sgt2 sebab aku igt xcukop org. Sry again.
~Jam pertama~
Ikmal ngan Alia kat cafe KKM menanti sebuah Avanza menjemput kami ke tempat kejadian*De Palma Hotel*. Tetibe Alia tertinggal map yg dilukis Sayza berskala 1cm:5km. Alia pulang ke kamarnya untuk mencari map harta karun yakni jalan untuk mencari makanan free*sekali lagi De Palma Hotel*. Sebenarnye jam pertama xde makne langsung. Hanya sebuah penantian. Janji melayu la katekan.*terlepas geram lak, sry*.

~Jam kedua~
Pilot bernama Yanti telah selamat tiba di KKM bersama2 anak kapalnya bernama Cici dan Akma untuk mengambil crew2 nyer yg dijadualkan berlepas drp airport KKM 1945 waktu Malaysia tetapi malangnya cuaca buruk lalu menyebabkan flight terdelay lame gile. dem!. Penerbangan ke KDO pulak memakan masa 2 minit lebih untuk mengambil 2 lagi crew yg telah nekad untuk ke tempat kejadian*buat kali ke-3, De Palma Hotel*. Seorang crew bernama Wiyah yg sgt punctual terpaksa meredah taufan, ribut pasir, banjir kilat dan segala macam bencana alam menunggu kapal titanic berlabuh kat bustop KDO sedangkan rakan sekolejnya Arif Farhan hanya bersantai di biliknya sambil menunggu kapal titanic tersebut, dipercayai tengah menjalani sesi reflexologi sambil mencuba gaya2 rambut yg menepati citarasanya. Pastu penerbangan diteruskan ke bustop UO/KIY untuk menjemput pilot sebenar, Paul. Paul juga telah meredah banjir besar, hujan batu serta kemarau jangka pendek menunggu kitorang sejak 1945 malam. Perjalanan diteruskan ke Burhan menunggu sebuah lagi kapal titanic yang dikemudi oleh Zira dan krew2nya Fan dan Ezzah bersama2 orang yg xdikenali identitinya. Jumlah pengembara 12 orang. The journey continues.

~Jam ketiga~
Map yg dibekalkan oleh Sayza diabaikan kerana makhluk yg tidak mempunyai pengenalan diri itu ckp die tau camner nk g tempat yg ditujui*lagi, buat kali ke-4,De Palma Hotel*. Radius antara kereta ngan UKM makin lame makin jauh. Distance is directly proportional to time. Drp UKM ke Sg. Besi ke Klang Lame ke La Paz ke Nong Pradu ke Pulau Batu Puteh ke Hollywood last2 sesat. Inilah akibat xnk ikot map. Berehat seketika di stesen minyak mencari petunjuk arah ke tempat yg dihajati*5 kali dah ni, De Palma Hotel*. Kamera dikeluarkan menangkap gambar2 untuk dijadikan memori softcopy sebab temporal lobe[otak yg mengawal memory] tidak mencukupi space nak tampung memori2 nih sebab sarat ngan ilmu. Setelah berjalan mengikut arah yg diberikan oleh mamat kat gas station tuh iaitu jalan straight pastu ikot arah utara pastu ikot aliran sungai serta ikot arah angin sepoi2 bahasa lalu pilot dh xtau nk ikot jalan ape lg. Jalan lagi, spi 1 tempat, elok2 2 ways tetibe 1 way je. Nyaris merempuh sebuah kereta asing yg dipandu 50km/h 180 degree dr arah kereta kitorang menyebabkan kereta kitorang terhempas di kilang Carlsberg. Nk reverse xley sbb dh terjunam, nk jln ke depan cuak sbb batu2 besar kat situ berterabur ikut taburan binomial. Redha dgn ketentuan Illahi maka kereta itu bergerak sikit demi sikit dan terselamat. Kegembiraan anak2 kapal terserlah seperti gambar di bawah



~Jam keberape tah spi jam ke tujuh~
Perarakan diteruskan beberapa minit je lepas tuh terus spi tpt yg dicari2*dh 6x dh, De Palma Hotel* pastu sampai. Total tol yg diredah: 5. Nilai matawang Malaysia yg terpaksa diserahkan sebab nak lalu tol adalah Ringgit Malaysia 10.

Mula2nya sume mcm malu nak amek makanan walaupun sebenarnya makanan tuh 10 meter dr meja kitorang. Kalau buat lompat jauh mesti sampai kat meja buffet tuh apatah lagi lompat galah. Dah sorang bangun, adalah manusia lain yg akan bangun amek makanan. Tapi tuh la masyarakat Malaysia. Kene ada leader baru sume bergerak. Sume pemalu macam aku. Aku pemalu kah? Makanan dijamah dengan buasnya mcm vampire gigit tikus kerana mahukan darah.*arep bkn vampire spt yg dijelaskannya pada zaman purba kala*. Disebabkan piring yg disediakan sangat kecik, ada dikalangan mereka ulang prosedur yg sama.

PROCEDURE Tambah Makanan:
1-bangun dr tpt duduk
2-menuju ke meja makanan
3-beratur
4-menunggu
5-gerak 1 langkah kehadapan sebab org yg ngah cedok mi kuning tuh dh settel misinya
6-tunggu orang lain pulak amek mi
7-repeat step 5 and 6
8-repeat step 7 sehingga sampai giliran anda
9-kaut makanan yg ada
10-pulang ke meja asal

Procedure nk amek air xcomplicated sangat
PROCEDURE Tambah Air
1-bangun dr tpt duduk
2-menuju ke meja air
3-terus amek air
4-terus duduk balik

Mudah kan? Sume orang boley buat. Kali ke 2 aku bgn aku g amek karipap je. 4 bijik karipap yg dirampas tp 1 je yg dibantai. Gene2 mengkritik aku menjadi liar, sry to say karipap xsedap. Makanan lain yg berjaya diragut tuh diratah digigit dikunyah dilahap sambil dihiburkan oleh seorang host yg sgt berwibawa. Seriously talented. Lawak variasi bahasa. Tergelak gile2 spi satu tahap kotak suara xdapat mengeluarkan bunyi kahkahkah. Bergelak ketawa sambil mengunyah tak menghalang aku untuk menangkap gambar. Klik demi klik aku tekan punat kamera. Terciptalah lagi beberapa memori digital.

Gelak suap, gelak suap makanan dah abis kat piring tuh. Bertambah la lagi makan. Ade yg curi ayam pon ade. Kalau nk ckp pasal air, aku mcm dh jadi waiter je. "Adik nak tambah air lagi?". Dem it! Aku nak jadi chef, yg create food bkn yg bwk food/air tuh. Prosidur amek air di atas beberapa kali aku buat demi dak2 kelas tp xdpt tips pon. Nak je tuntut kat akhirat. Tapi sebab dorang xde wat hal ngan aku, aku halalkan je tenaga2 yg aku guna nak bgn g amek air tuh. Rasa tercabar sebab arep amek air 7x. Aku xsampai 7x pon. Hobi aku minum air kot.

Si penghibur dah ketandusan idea lalu memanggil volunteer sape2 nak nyanyi. Lepas tuh si bufday girl, Sayza telah mendaftar nama Akma sebagai penyanyi jemputan. Kegelabahan terpancar secara live menerusi CNN. Kesian Akma. Dah sampai turn die nyanyi, die nyanyi la. Fuhh! sedap gak suara Akma. Nape xmasuk Zimbabwe Idol? Kalo ko masok, kompom aku jual umah bapak aku sbb nk vote ko. Hiburan demi hiburan didendangkan. Hiburan yang melalaikan menyebabkan masa bergerak pantas. Malah lebih pantas drp kelajuan cahaya seperti yg dijelaskan Albert Einstein bin Ahmad, abang aku yg dh lame mati. Pukul 12 lebey, Cici pulak merayu2 kat host nak menyanyi. Abis kaki pakcik tuh diciumnya.*rekaan semata2*. Cici menyanyi tp mamat deejay wat hal. Xdengar suara Cici. Setelah otak deejay kembali berfungsi, PA system telah dibetulkan pastu dh ley dengar Cici nyanyi. Sedap gak die nyanyi. Nape dak2 nuke pandai2 nyanyi? Xtau lak aku requirement nak masuk nuklear kene pandai nyanyi. Cici siap gelek lagi. Pehh. Truly Indonesia. Tapi Cici malu2 pulak. Nak je upload video tuh. Xpasal2 aku mati kene tetak ngan Cici. Xnk aku. Xsempat aku nk blanje mak aku kerusi Ogawa bile dah keje nanti.

Nyaris pukul 2 pagi, sume dh nak balik. Yanti pulak nk bergambar ngan Azan Ruffedge. As a paparazzi and a photographer, aku xnk bergambar ngan beliau. Aku bkn mcm org lain. I hate artis Malaysia. Sorry! Tapi member artis sorg tuh lak nk g amek gambar, terpakse serahkan kamera kat mamat tuh. Terpakse menyelit dalam gambar tuh. Xkn la nk ckp "saya xsuka artis malaysia, saya xnk amek gambar ngan die". Xke kene flying kick berkelajuan tinggi kat pale aku. Amek gambar 2 keping pastu bla. Yang si perempuan2 nih sume tersengeh2 gembira sakan mcm menang 4D. Nak wat camner, dh dorang taksub. Biar je la. Sry ye, aku mmg xske.

Balik ngan Sayza skali. Follow je la bontot Sayza tuh. Tau2 je dah sampai markas UKM. Pehh,cepatnyer. 2tol je? [kalo salah, 3tol je?]. Kalo dah balik pagi2 buta, kompom la kene tahan ngan pakgad. Nasib bek pakgad tuh berhati mulia, lagi mulia dr aku yg keji nih. Dilepaskan tanpa syak wasangka yg kitorang nih seludup dadah ke bawak senjata api ke curi uranium235 nak wat bom ke. Xde. Sampai bilik sharp 3am. Balik sambil tersenyum keriangan. Euphoria.

Thanks kepada Nurul Sareeza Azidin kerana menjemput kami semua. Harap2 ko celebrate bufday party tiap2 ahad. Sumpah best. Next year ajak lagi ye. Kalo ko dh umur 36 tahun pon, ko kene celebrate gak. Akhirnya umur aku ngan Sayza sebaya. Kami 19 tahun. Thanks juga kepada watak2 sampingan yang menceriakan hidupku yg sungguh misery ini.


Watak Utama:
Ikmal Ahmad


Watak Sampingan:
Sayza
Yanti
Akma
Paul
Arep
Cici
Wiyah
Alia
Zira
Fan
Ezzah
kawan Zira

Watak pembantu:
host
org awam yg dtg
mamat kat gas station
orang yg nyaris langgar kitorang
jurutol
pakgad UKM

Penghargaan:
Berbilion terima kasih kepada Sayza sekeluarga menjemput pelakon2
Jutaan terima kasih kepada Yanti dan rakan2nya menyewa pengangkutan

Sponsor:
Ukm sebagai tempat penginapan
De Palma sebagai tapak penggambaran







---ikmal ahmad has signed out---

No comments: