29 March 2011

To The New Genre

Chapter 152

Aku orang yg baik, xde marah2 org secara tibe2 cam jahanam tuh, mulut xpernah keluarkan kata2 keji, lebih yakin menulis menggunakan pensil berbanding pen, pergi ke kelas menaiki pengangkutan awam, balik tiap2 minggu jumpe mak. Adakah org akan ingat aku mendengar lagu2 nasyid? Lagu2 melayu? Dayang Nurfaizah? Miley Cyrus? Tidak sama sekali.

Walaupon kebaikan saya sangat terserlah, anda tetap tidak dapat meneka jenis lagu yg saya dengar. Ayat cam ayat buku teks je. Sape2 yg penah bace blog aku, mesti tau pasal aku ske lagu Avenged Sevenfold. Avenged Sevenfold bukanlah 1 band yg manja2 mcm Ella atau kumpulan Elite, mereka menyanyikan lagu rock tapi 100% berbeza drp rock yg xbrp nak rock Ella, "Rama2" tuh. Band nih ske menjerit. Enuff! Aku da citer dlu.

Ape yg aku nak citer skrg, aku mengalami 1 penyakit yg agak kronik, penyakit mencari band2 yg suit ngan telinga aku. Jadi, aku kurangkan lagu alternative rock mcm a7x tuh, aku tukar kepada "melodic death metal". Melodic death metal nih unik sikit. Aku xtau ape beza "death", "heavy", "black", "trash", etc. Yg aku tau jenis2 nih, super heavy apabila dipasang. Dose tahunan untuk ibu mengandung adalah 1-2 lagu per year. Kalo bini sape2 ngandung, elakkan bini anda drp mendengar lagu jenis2 nih kerana takut akan keguguran. "Melodic" pulak boleh dikira harmoni. Melodic death metal tuh lagu yg membingitkan tapi menyenangkan. Xpaham kan?

So lagu yg aku layan skrg "Raunchy- To The Lighthouse". Aku sgt yakin xde sape2 kenalan aku pernah dgr nama band Raunchy. Kalo ade, aku kerat jari aku!

Ayuh memburu band lain!


---end of chapter---

1 comment:

nik lan nik mat said...

patut pon ko pakai headfon kat kelas td...hihihi