09 March 2011

Poker Face

Chapter 145

Mesti ingat poker face nih muke xde perasaan kan? Bodohlah kau! Mesti ingat aku nak tulis pasal lagu Lady Gaga tuh kan? Still bodoh jugak lah kau! Poker face nih muka si pemain poker! Paham tak? Paham ke tak paham ke, still bodoh xabes2. Kesian sape yg bace entri nih tak pasal2 kena bodoh free. Entri ni aku nak citer pasal poker.

Dah lame aku xmenaip kat blog nih bukan sebab aku bizi blaja, bukan bizi buat assignment, bukan buat2 bizi tapi bizi mencorak personality aku. Poker. Kalau citer pasal poker, mesti orang ingat mende tuh haram la sebab main duit. Kalau aku main betul2, mesti ada budak2 baca yaasin kat bilik aku supaya memperoleh pedoman. Percaya la. Tapi sayangnya aku main poker kat facebook je. Xde guna duit cuma guna chip maya je. Haram ke? Kalau haram gak, sila la hantar budak2 anda baca yaasin kat bilik aku skrg!

Kenapa aku cakap poker tuh membentuk personaliti? Ada la sebabnye. Lecturer aku pernah cakap sume perkara ada baik buruknya. Yin yang nyer. Positif negative nyer. Tapi selaku pelajar sains nuklear, term kitorg "electron positron nyer" ataupon "neutrino anti-neutrino nyer". Terpulang la kepada individu nak tgk drp perspektif mane. Meh sini, nak kasi contoh jap. Seorang ayah memberi wang saku kepada anaknya untuk buat belanja makan kat skolah. Ada je pendapat org mengatakan perbuatan bapak org tuh membazir semata2. Lg 1 contoh. Seorang peragut memberi babi jalanan makan sekeping roti hasil drp aktiviti ragut kat kedai runcit. Ada je pendapat org mengatakan baik sungguh peragut tuh, sanggup berkongsi roti drp hasil penat lelah mencuri kat kedai runcit. Nampak x kontradiksi yg aku gunakan tuh? Semuanya pasal perspektif manusia.

Poker pulak. Mesti igt org yg men poker nih ahli2 neraka kan? Xpayah la nak judge org masuk neraka ke syurga ke. Jage diri sendiri je. Sblm aku citer kenapa bermain nape poker nih penting bagi membentuk peribadi umat manusia, biar aku citer camne aku terjebak dalam dunia perjudian nih. Aku mempunyai 2 org abg, Nizam dan Shahril. Dulu ada abg lg sorg tp xsempat nak bermain poker, dia dah mengadap tuhan. Kalau x, mesti 3 3 abg aku main poker. Mula2 Nizam yg start main. Klik klik klik mouse tuh pastu jadi xtentu hala sebab menang. Kalau kalah lak, mencarut je kejenye. Tp aku xterkesan drp permainan die. Pastu Shahril lak men. Aku usha je game tuh pastu da paham da cara main game tuh. Melekat la aku bermain sekali. Skrg tinggal adik aku je yg xmain2 lg poker nih. Anak buah aku yg umo 9 tahun pon pandai main poker. Siyes! Kecik2 lg da pandai berfikir mcm org dewasa. Maksud aku pandai bermain poker la. Tamat pasal legasi pemain poker.

Main poker banyak faedahnye. Malah lagi banyak drp dok kat kuliah dengar Prof atau Dr kasi lecture. Ingat aku tipu ke? Xde mase nak tipu weh. Cuba masuk kelas Peralatan Nuklear, ape korg dapat? Korg dgr citer pasal reaktor la, control rod la, uranium la. Tuh je! Sorry ketua program nuklear. Sorry Dr Faizal. Tadi Dr Faizal cakap die ada baca blog aku. Alamak. Jgn baca entri yg nih sbb ada name die. Jangan marah ye Dr. Thx btw sebab sanggup menyinggah blog pelajarmu. Terharu kot. Lepas nih xleh la nak kutuk2 lecturer sbb dah ada mata kat blog nih. Memain je. Kembali kepada cerita asal. Kalau masuk kelas Dr Faizal, mende2 reaktor je la kena dengar. Tapi kalau main poker, pelbagai mende diajar.

Kalau main poker, anda akan belajar menyayangi chip anda. Kalau raise chip byk2 pastu kalah, mesti kecewa. Pengajaran #1, hargai duit anda dan gunakan dengan cara berjimat cermat. Kalau main poker, anda akan berpikir nak call chip ke x sebab kalau kad kena ngan "river", anda mungkin menang. Pengajaran #2, belajar membuat keputusan dengan cepat sambil memikirkan masa depan. Kalau bermain poker, anda akan selalu kalah berbanding menang. Pengajaran #3, anda akan belajar menghadapi kekalahan lebih2 lg xdpt skor dalam exam. Kalau main poker, anda akan bertemu dengan pelbagai jenis manusia dr segi warna kulit, bangsa, fizikal dan macam2 lg. Pengajaran #4, anda belajar bergaul dengan sesiapa sahaja. Kalau main poker, anda akan berjumpa dengan manusia yg suka mencarut. Kalah je mesti carut2 macam aku. Pengajaran #5, anda belajar mengawal emosi anda apabila dicarut.

Kalau nak tulis lg, xdapat la aku nak main poker skrg. Jadi tuh la pengajaran dan pembelajaran yg diketengahkan dalam permainan poker. Kalau datang kelas Peralatan Nuklear, blajar pasal peralatan nuklear je la. Kalau main poker, blajar pasal financial, emotional education, making decision, ape tah lg tp mcm2 la. Lengkap sume subjek kot. So kalau aku terponteng kelas Peralatan Nuklear, aku mungkin tengah belajar mende lain yg lg penting dalam pembentukan personaliti aku. Maaf ye Dr. Faizal, saya memain je. Entri nih mmg saje2 je ditulis. Tp btol kan?


 

---end of chapter---

12 comments:

Anonymous said...

siyes. aku harap m/o ngan bapak kau pon bace blog kau. wahahaha. siap lah ko...kemain agy statement. tp paper hal pon aku suke post ko.

nota kaki: tukar la name blog ko. a place not so reminisce...wahaha

..SuRaYa.. said...

tak suka shila!!..

sbb aku tak tahu blog kau!..n ak dapat baca.ini tidak adill!!..

ikmal: haha..quantum??

themissingikmal said...

anonymous tuh shila ke?
kalau dorg bace, mesti lepas tuh dorg ajak aku berjudi...so aku xkesah...haha

themissingikmal said...

sur, aku pon xtau kot blog die...hmmm

kalo pasal quantum, lg laa...penat je buang tenaga naik bas g kelas quantum...hahaha

Anonymous said...

hahaha. pandai suraya teka. inilah mahasiswa sebenar! hello ikmal sape agy yg melabelkan prof ****n sbg bapak kau selain aku, oh ade lg sorang. AKU lagi. hahahaha. sorry lah xleh bukak blog aku. tp klu jumpe tahniah.

themissingikmal said...

aku igt bapak aku yg komen tuh...rupenye ko..ahaahahaa
kalo bukak blog ko, mesti byk gambar justin bieber kan? bek aku google gambar anjing je...lg cun kot

nik lan nik mat said...

aku hanya boleh diam dan tersengih je..
shila: aku da bc blog ko..seperais x?hahaha

themissingikmal said...

diam dan tersengih kire stuju ar...hahaha

tab.... said...

ko wajib bg 100k kat ak....

themissingikmal said...

ahh...aku kasi je mesti abes...bile tah chip ko nak beranak

tab said...

50k pown jadilah....k....

themissingikmal said...

layannn...haha