28 October 2010

In The Memory Of

Chapter 117

Hari yang suram. Awan2 bertaburan seperti biasa tetapi awan2 tersebut tidak ditemani cahaya matahari. Angin yang sepoi2 seperti bayu laut tetapi mampu menyejukkan tulang2 tua pelajar2 IPTA. Alam telah menunjukkan betapa sedihnya mereka atas pemergian seseorang yang sangat penting dalam dunia ini, apatah lagi pelajar2nya.

Hari ini dalam sejarah. Hari ini telah menyaksikan pemergian seorang tokoh yang telah mengimbangi dunia fizik sejak beratus2 tahun dahulu. Dia adalah seorang guru yang bernama fizik moden. Aku yang kesedihan atas kematiannya, dengan lemah menyiapkan diri untuk ke upacara pengkebumiannya di KETAM dengan memakai sweater sebagai tanda penghormatan ke atas beliau. Aku gagahkan diri untuk melangkah beberapa anak tangga bas dan berdiri dihimpit pelajar2 IPTA yang sama merasa kesedihannya.

Setelah sampainya aku di tanah perkuburan KETAM, aku melihat semua rakan2ku berdiri dengan muka yang masam. Semua tidak tentu hala. Semua masih terkejut dengan berita kematian guru kesayangan kami. Aku paham perasaan mereka. Aku juga berperasaan sedemikian. Aku pon pergi ke tapak untuk menempatkan jenazah.

Aku melihat mayatnya dibungkusi kain kapan yg berjalur2 hitam, ada beberapa orang menulis pada kain kapan tersebut. Mereka menulis apa yang mereka rasa. Aku cuba ingin melihat apa yang mereka tuliskan tetapi itu hanyalah pendapat mereka terhadap jenazah. Aku perlu menulis juga apa2 sahaja mengenai guruku walaupun hanya sekadar formula. Tapi, hati aku kosong melihat tubuh guruku yang kaku di atas meja. Aku tidak dapat menulis.

Mayat jenazah dibaluti kain kapan lagi. Aku kini mempunyai keberanian untuk menggerakkan jari jemariku yang kaku sebentar tadi. Aku hanya menulis beberapa perkataan terakhir untuk arwah. Itulah salam terakhirku buatnya.

Semasa jenazah ingin ditanam, aku sebak kembali lalu aku meninggalkan jenazah sebentar untuk mencari ketenangan diri, aku menyembunyikan diri di dalam sebuah bilik yang kecil untuk melepaskan segala emosi yang terpendam. Setelah aku berjaya meluahkan emosi di situ, aku kembali untuk melihat jenazah dikebumikan.

Matahari semakin tegak. Mula orang jadi tak keruan. Aku melihat 2 orang cina meraung2 bertanyakan soalan. Kenapa mereka bertindak begitu? Mungkin mereka tidak dapat terima kenyataan bahawa guru mereka telah meninggal dunia. Ada juga berperangai pelik sehinggakan mengeluarkan bunyi seakan2 bunyi babi.

Seperti upacara pengkebumian org cina, aku pergi ke kotak untuk meletakkan barang2 berunsurkan kertas sebagai bekalan arwah untuk menjalani kehidupan di alam seterusnya. Awan kembali cerah. Burung2 mula berkicauan. Lebah mula keluar mencari makanan untuk permaisurinya. Berakhirlah kisah riwayat tokoh dunia, fizik moden.

RIP
Modern Physics
(July 2010-October 2010)


---end of chapter---

3 comments:

Faiz Tapit said...

kah34!
semat sial cite nih... bagus2

themissingikmal said...

cepat gler ko bc...nih dh lame tulis tp xpost...hahaha

Anonymous said...

I'll immediately snatch your rss as I can not in finding your email subscription hyperlink or e-newsletter service. Do you have any? Kindly allow me realize in order that I may subscribe. Thanks.
Also visit my web blog : short term loans