25 October 2010

nukeTV: Rampaging IPT Students

Chapter 114


bukan pelajar IPT

Dewan KETAM 25 Oktober - 2 sekembar mati ditetak pelajar IPT tempatan di sini harini. Mangsa, Radiobiologi dan kembarnya, Biologi Sinaran Gunaan, dipercayai dibunuh kerana kerap mengganggu pelajar-pelajar IPT tersebut. Menurut pihak polis, mangsa ditetak dengan menggunakan pen berdakwat hitam dan biru dan darahnya cuba disembunyikan dengan menggunakan kertas berwarna merah, hijau dan biru yang disediakan.

Menurut saksi, mereka bertengkar selama 2 jam di tempat kejadian. Motif pembunuhan masih disiasat polis. Ketua Polis daerah UKM mengkategorikan pembunuhan tersebut bermotifkan balas dendam.

Menurut saksi lain yang tidak mahu mendedahkan identitinya kerana bimbang dirinya terancam menyatakan bahawa pelajar-pelajar IPT tersebut dipercayai dibawah pengaruh buku. "Mereka tidak berkelakuan seperti manusia normal, mereka memandang kiri dan kanan dan menggaru-garu kepala sambil melihat mangsa" katanya. Kajian saintifik yang dijalankan oleh seorang pakar pemakanan, Tan Sri Prof. Dr. Muhammad Ikmal Ahmad membuktikan bahawa dengan pengambilan buku yang berlebihan, otak tidak mampu mengawal diri. Ini boleh menyebabkan seseorang itu melakukan perkara-perkara yang tidak dapat diduga.

Mangsa tersebut dihantar ke kotak-kotak yang disediakan oleh pihak hospital. Radiobiologi disahkan meninggal dunia pada pukul 10:30 pagi akibat tetakkan pada bahagian perut dan banyak bekas berlubang-lubang. Kembarnya pula menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 17:30 akibat jangkitan mikrob dalam badannya. Mayat kedua-dua mangsa telah dituntut oleh saudara terdekat yang dikenali sebagai Dr. Mohamad Othman sebentar tadi.


---end of chapter---

14 comments:

Faiz Tapit said...

cm sial la... hahahaha

themissingikmal said...

karya aku mendapat pujian berbentuk sial...lahanat ko...haha

arifpaan said...

kes ini masih dalam siasatan. pihak polis percaya ia ada kaitan dengan kes pmbunuhan 2 lagi adik beradik kembar, fizik atom dan fizik moden yang akan berlaku tidak lama lagi.

sumber bernama.

themissingikmal said...

camner tah polis tau ade pembunuhan yg akan berlaku? wow!
aku kene buat liputan lg nih...hahaha

Ain Syahirah said...

asal aku ta tau cite niee ? wuu

themissingikmal said...

laaa...sbb nih citer budak2 yg amek subjek bio tuh...kalo ko amek bio gak, mungkin ko tau kes nih...hhaaha

..SuRaYa.. said...

ada lagi lah weyh!!

radiokimia dan abang dia kimia sinaran!!

themissingikmal said...

tuh xdpt duga bile dorg mati...hahaha
lgpon dorg bkn kembar seiras mcm bio

Anonymous said...

xsangka kte juga seorang pembunuh.............

themissingikmal said...

pembunuh gerila...hahaha
sapa tah anda?

Nur 5ruz Husna Nordin said...

WAHAHAHAH.....layan........

themissingikmal said...

layanan diterima...huhu

yaya said...

harap aku yg tuntut mayat2 2..mende aku nk cek kot..bg korg sumer A+++

themissingikmal said...

hahaha...kalo xjawab pon boley dpt A? wahhhh aku nk ko check...please...

yaya = siapakah?