07 February 2011

In The Memory Of Sony Ericsson K810i

Chapter 136

1st day kelas lepas Chinese New Year, aku ponteng lagi. Tapi, ada aku kesah? Aku tak kesah tapi aku kesah la sikit2 sebab dah nak midsem kot. Tapi perlu ke aku kesah? Atau aku memang harus kesah? Perlu ke aku tulis semua ni?

Sony Ericsson K810i. Sejenis item yang membuat aku mengenali teknologi. Sejenis item yang membina persahabatan dengan lebih kukuh. Sejenis item yang mengubah hidup aku permenantly. Sekarang, semuanya tinggal kenangan.

Beliau dilahirkan pada bulan 11 atau 12 Disember 2007 atau bulan Januari 2008 sewaktu aku diambil bekerja menjadi promoter kasut Stephanie Classic dan Guess By Marciano. 1 hari, aku dan kawan aku, Muzammil a.k.a Latop sempena nama bapak beliau, Latip, pergi ke Sungei Wang dan Low Yat mencari sebuah item yang menggegarkan hidup aku. Lalu lahirlah Sony Ericsson K810i. RM900.

Hari pertama aku dah rasa henpon tu macam lain tapi sebab ada butang susah nak tekan. Tapi, aku malas nak pergi tukar. Lagipon time tu kerja. So susahla nak gerak Low Yat. Bodohnye aku. Sepatutnya aku tukar time aku cuti, ni tak.

Gambar pertama aku, gambar jalan dekat Mid Valley The Garden time malam. Aku nak upload tapi henpon tak boleh on la. Malas nak guna adapter nak transfer gambar. Tapi siyes gambar tu smart. Sangat sharp. Maklum la Cybershot 3.2MP. Masa tu, 3.2MP adalah pixel tertinggi dan aku sangat bangga sebab aku berjalan seirama dengan kemajuan teknologi. Megah gila bawak henpon tu tangkap2 gambar.

1 hari, bapak aku kasi aku RM1000 sebab pencen lepas tu aku pergi mencari item yang dapat menyerlahkan kehebatan henpon aku, Memory Stick M2 4GB berserta Adapter bernilai RM120 di sebuah kedai bernama Sony Centre terletak di tingkat 3 The Garden. Harga asal RM170 kot. Jimat RM50. Pastu aku beli perfume. Aku tak tau kenapa aku tulis paragraph nih.

Dengan kapasiti 4GB, aku telah menyimpan ribuan keping gambar, semua lagu Avenged Sevenfold, game pokemon, video2 kegemaran, dan lain2 lagi. Ape yang lain2 tu? Aku penah buat henpon aku jadi pendrive, aku guna henpon jadi pembaris, kejutkan aku pagi2 walaupon aku susah nak bangun, hantar MMS free masa dekat matrix, menjadi centre of attention masa aku tunggu bas, ktm, lrt, monorail, tunggu orang. Guess what? Aku pernah simpan application Al-Quran dalam henpon dan membantu aku hafal 2 surah panjang masa dalam masa yang singkat dekat matrix sebab ustat nak dgr. Henpon tu jadi dictionary gak. Henpon tuh segala2nya.

Makin lama pakai, makin banyak rosak. Kalau term game, "nyawa dah turun". Mula2 button kamera rosak. Lepas tu button call tak boleh tekan. Lepas tu bucu henpon pecah sebab jatuh banyak kali. Lepas tu housing kat blakang tertinggal dalam bas. Lepas tu lagi, button 1, 3, 6 tak boleh guna. And then, tak dengar suara orang masa call. Kalau call orang, kadang2 off sendiri. Sekarang, da tak boleh on. Bateri da kembung. Lalu aku cabut la nyawa henpon aku.

Sedih kot dah tak boleh pakai henpon antik aku. 2 3 tahun lagi dah jadi artifak. Lepas ni aku jual henpon aku mesti harga lagi tinggi daripada harga gambar monalisa.

Sekarang pakai henpon rumet. Henpon apa tah. Yang penting aku boleh call dan sms. Tapi aku dah rindu henpon aku.

Sebenarnya, aku tak pergi kelas pagi tadi sebab tak ada alarm. Henpon aku tak dapat nak nyanyi lagu Avenged Sevenfold. So bukan salah aku sebab aku tak pergi kelas. Macam mana tah dengan isnin dan jumaat yang mendatang? Nak ponteng kelas setiap pukul 8 ke?

R.I.P my partner, Sony Ericsson K810i.



---end of chapter---

5 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

wah!!banyak giler kot penggunaan nset..siap buat pendrive..pembaris tak menahan!!hahaha..:D

themissingikmal said...

hidup kena kreatif...huhu

Nur 5ruz Husna Nordin said...

oh...sbb tu ponteng eh????????????hahahah...sma je la gue beb....seharian 1stday x g...tp sebb kukuh~~ tolong atok sbb umah kat kg banjir..he....tp sebb ko x g pon kukuh gak tuh...

themissingikmal said...

bgs nye buat kerja amal walopon keje tuh tolong atok ko...

sbb aku mesti xpernah xkukuh...aku hebat kot...hahaha xle bla en?