01 November 2013

For The Sake of Mother's Love

Hari ini masih lagi dapat bermanja dengan seorang manusia yang sungguh istimewa. Mak. Mak adalah suatu tempat untuk aku menceritakan perkara-perkara bosan yang berlaku ditempat kerja, cerita mengenai kerenah sahabat atau apa sahaja topik yang ada di minda.

Selepas pulang daripada kerja. Aku baring memeluk emak seerat-eratnya. Kalau itu girlfriend aku, mesti kena tangkap basah. Tapi ini mak aku. So what the hell. Aku usap rambutnya yang lembut tak berapa nak lembut. Mungkin dia tak pakai syampu pagi tadi. Oh what the hell. Aku terus mengusap rambutnya sambil didendangkan dengan cerita-cerita beliau. Aku gembira.

Dalam menikmati kenikmatan yang dianugerah tuhan ini, aku nyaris-nyaris ingin membuka sebuah lembaran gelap yang lebih hitam daripada arang. Seorang ibu mempunyai tangan yang boleh menggoncang dunia, tapi aku ada cerita yang boleh menggoncang tangan yang menggoncang dunia. Lantas aku terus keluar daripada biliknya. Berkabung bersama diri sendiri.

Aku tahu seorang ibu mempunyai kasih sayang yang tidak dapat diukur terhadap seorang anak dan sanggup memijak duri-duri drama tanpa mengorbankan perasaan itu. Tapi atas dasar adanya kebarangkalian untuk berlakunya kecelaruan komunikasi dan pemahaman, aku tidak sanggup untuk mencederakan perasaan seorang ibu. Diam. Dan terus membakar diri.

No comments: