12 November 2013

Karma Is Calling Me

Aku tak mention lagi apa kerja aku dekat tempat kerja aku. Senang cerita, aku ada kuasa untuk merubah hidup orang. Akan tetapi ada greater power yang boleh mengubah hidup aku. Kini telinga aku berdesing mengetahui suatu berita buruk. Lagi buruk daripada muka Rosmah. Sorry Rosmah, kau tetap idolaku. Tapi kau memang buruk pun.

29 November ini, hari untuk meraikan ulang tahun kelahiran seorang lagi warga perhilitan. 29 November ini, hari untuk meraikan pemergian aku keluar daripada pejabat. Ya. Masa untuk aku berkhidmat telah hampir ke penghujungnya. Dipecat buat kali kedua. Lol. Sedih? Super.

Gantt Chart yang sedang dibangunkan tiba-tiba terbakar disebabkan berlakunya tumpahan api berita buruk itu. So semua perancangan hangus rentung. What would i do next? Give up? No. Suatu ketika dahulu, aku adalah satu-satunya daripada berjuta-juta sperma yang berjaya memenangi hati telur. Itu adalah suatu keajaiban. Keajaiban seperti ini mungkin akan berulang. Itu bermakna sekarang bukanlah masanya untuk tunduk.

Kalau mereka betul-betul rasa aku membantu mereka sepanjang perkhidmatan aku, mungkin mereka akan melawan seribu daya untuk mendapatkan aku. Tapi, kalau rasa aku hanya mengisi kerusi bersawang yang tidak mungkin akan dihuni, mereka akan diam seribu bahasa. Tapi aku lupa bahawa desakan juga berupaya menyongsangkan segala yang batil. Mungkin aku akan gunakan senjata ini tapi siapalah aku.

Jika ditakdirkan untuk aku tidak bersama-sama warga perhilitan, i guess this is the time for me to say goodbye. I might not be joining them again if they happen to send me home for a month. I have to draw my next move. But, i will be coming back IF the flames of hell keeps burning me. For the time being, aku kena buat kerja sebaik mungkin untuk menjaga nama aku sebagai permata yang jarang dijumpai. Jadi, rindu-rindulah aku sementara aku masih ada.

Kepada Dian, aku tak akan lupakan jasa baik kau yang bersusah payah berjaga pagi-pagi buta buat popia yang sangat sedap untuk meraikan hari jadi aku dan juga selaku party planner. Aku harap aku diberi masa untuk membalas perilaku ini. Thanks dian.

2 final cakes to be presented. 

No comments: