30 September 2012

HB, Late Brother

Sekejap lagi masuklah bulan Oktober. Maka, birthday Hisham Ahmad yang ke-29 akan menjelang sekejap lagi hanya jika beliau masih hidup pada ketika ini.

Semalam ketika berbicara dengan emak, tersentuh cerita pasal arwah Hisham. Mak cakap pada 23 Ramadan, buat pertama kali semua kerja Mak nak sambut raya dah siap. Langsir, karpet, perhiasan rumah semua dah siap cuma Along dengan Angah je tak siap buat kuih raya. Jadi Mak berehat je kat katil Mak tapi nak tidur tak boleh. Tiba-tiba kedengaran suara anaknya. Mak cakap suara Shahril dengan Hisham lebih kurang sama. Mak pun berkata dalam hati kalau itu Hisham, Mak akan bangun tapi kalau itu Shahril, biar je la. Lepas tu Mak tau itu Hisham maka Mak bangunlah dari katilnya untuk melihat Hisham kerana Mak berasa rindu secara tiba-tiba.

Suara Hisham buat Mak bangun dari katilnya dan pergi menjenguk anaknya yang sedang memakan ayam KFC seketul yang diberi oleh pakcik Zainal. Abah yang rasanya tak pernah minta makanan dekat orang cubit sedikit ayam yang Hisham tengah makan. Mak pun yang tak akan kacau anaknya makan, cubit daging ayam itu dengan kuantiti yang agak banyak lalu menyebabkan Mak berasa terkilan dengan tindakannya. Namun, Mak tetap makan ayam tersebut tanpa bagi balik dekat Hisham.

Selepas Hisham selesai makan ayam, Hisham makan kuih raya yang Along tengah buat pada masa itu. Along tidak pernah tidak marah jika adik-adiknya memakan kuih raya yang sedang dibuatnya tetapi pada masa itu dia hanya tersenyum melihat Hisham memakan kuih raya. Dan Hisham meluru keluar rumah.

Pada pukul 2 pagi, Along, Angah, dan Shahril dengar bunyi dentuman di sebuah jalan raya di hadapan tingkap rumah. Tapi tidak diendahkan mereka. Pukul 2 lebih, Mak mendapat panggilan daripada Nizam yang mengatakan Hisham accident jatuh motor. Rupanya bunyi dentuman tadi adalah bunyi Hisham yang tercampak akibat melanggar divider jalan dan menghentam tiang lampu jalan.

Hisham cedera teruk di kepala tetapi rakannya, Zaid patah kaki (tak ingat. sorry bro). Nizam yang menaiki motor lain cepat-cepat menahan sebuah kereta untuk menghantar Hisham ke hospital. Hospital Universiti Malaya. Kereta yang ditahan adalah sebuah kereta yang dimiliki oleh seorang Cina. Terdapat 4 orang Cina di dalam kereta tersebut dan pemandunya menyuruh rakan-rakannya yang duduk di seat belakang keluar dari kereta supaya dapat menghantar Hisham ke hospital.

Mak, Abah, Angah, dan Shahril bergegas ke hospital untuk melihat situasi Hisham. Angah menangis melihat Hisham yang berlumuran darah. Mak sempat melihat Hisham yang masih hidup. Hisham menggunakan bantuan pernafasan dan bunyi nafasnya sangat menakutkan.
*Pada waktu Mak cerita bahagian ni semalam, mak mula menangis tapi aku dah lama menangis dah.

Doktor meminta kebenaran untuk cabut bantuan pernafasan dan bebaslah Hisham meninggalkan dunia ini.
*Masa ni plak Mak dah ok balik. Air mata dah dilap. Tapi aku tak dapat nak tahan sebak.

Dah 12 tahun nak masuk bulan ke 10 Hisham meninggalkan kami sekeluarga. Tapi aku tetap sedih sampai sekarang walaupun aku tak ada kenangan bersama Hisham. Dia meninggal masa aku darjah 4. Serious aku tak ingat kenangan yang menggembirakan bersama Hisham kecuali aku diterajang sebab main hujan. 
Aku nak ucapkan terima kasih kepada orang cina yang bawak abang aku pergi hospital. Keluarga aku terhutang budi dekat kalian. Mesti seat belakang tu berdarah jugak kan? Terima kasih banyak-banyak. Kalau kau tak bawak Hisham pergi hospital, mungkin abang aku mati tengah jalan. Semoga tuhan membalas jasa kau.

Hisham, semoga kau diberbahagia di sana. Alim harap Hisham datang dalam mimpi alim. Alim nak jumpa Hisham. Datanglah.

Alfatihah.

No comments: