02 October 2012

Program 16 Minggu Yang Tak Menjadi. 18 Hari?

Sebelum ni dah plan nak exercise dalam bilik. For the record, aku buat untuk 3 minggu je kot masa final year dulu. Crunches bagai. Punya lah sakit badan masa buat exercise lepas tu jogging. Tapi azam tak kuat. Atau kuat masa mula-mula je.

Sekarang aku tengah menunggu interview walaupun aku tak hantar resume lagi sebab nak tunggu konvo. Dalam kata lain, masa untuk berehat. Ni dah hari ke-7 cuti minus weekend dan rutin harian adalah sama iaitu do nothing. Expanding. Secara jujurnya aku rasa aku memang dah capai kesempurnaan iaitu berat 100kg. Tapi sekarang ni aku dah takut dah. Takut one day aku terlentang atas katil tak mampu nak pergi buat air milo. Aku risau mayat aku nanti akan diangkat menggunakan kren. Aku takut kamdar tak cukup kain kapan untuk memummykan aku.

Tadi tengok testimoni SDII memang la rasa jeles. Siapa tak nak saiz pinggang 29-31 kan. Tapi aku rasa sia-sia je amek sd2 kalau tak reti jaga makan. So testimoni mereka yang dah turun even berbelas kilo adalah tak valid kalau dalam masa beberapa tahun berat dia naik balik macam biasa. Kuncinya adalah makan sikit tapi eksesais banyak.

Beberapa hari lepas aku tengok tv, orang-malaysia-yang-menang-Mr Asia-8x-berturut-turut bagi tau cara nak bentuk badan: jangan makan minyak, garam, gula. Ok aku tak mampu

Bermula esok, aku ada 18 hari sebelum ketibaan hari konvokasi. Aku rasa aku nak start jogging balik, nak kurangkan manis, carb, meal.

Tapi aku tak ada something nak trigger aku turunkan berat badan. Kena ada girlfriend ke sekarang ni ke?

Macam mana ni?

Main dota dulu.

3 comments:

Nur 5ruz Husna Nordin said...

yez....kena ade gifren da. hhehe

Nur 5ruz Husna Nordin said...

yup. jwapnnyne kne ade gfren da ni

themissingikmal said...

haha mentang2 dah nak buat masjid..