18 October 2012

Shelter

Ada orang cakap tujuan hidup bukan untuk mencari atau mengenali diri sendiri tetapi untuk mencipta diri sendiri. Statement tu asalnya daripada bahasa orang putih tapi disebabkan dah lupa the exact word yang dia guna, aku translate la dalam bahasa melayu. Susah okay nak translate bahasa orang putih kepada bahasa melayu.

Hampir 7 bilion orang di muka bumi ini dan jika majoriti di antara mereka mempunyai pendapat yang sama, maka lahirlah fakta. Bagaimana pula dengan mereka yang lain yang tidak bersetuju dengan 'fakta' mereka? The truth is always disturbing. Ramai yang tidak tahu bahawa 'fakta' mereka secara tidak langsung mendiskriminasi fakta orang lain. Tapi atas dasar demokrasi, 'fakta' itu disulam di dalam diri setiap orang walaupun ada yang terpaksa membawa fakta sendiri hingga ke kubur.

Kebanyakkan mereka akan menjadi pelarian. Lari daripada kebenaran. Lari daripada tujuan. Lari daripada segala-galanya dan apa yang lebih teruk lagi, mereka lari meninggalkan diri sendiri. Memang betul kata Kelly Clarkson; what doesn't kill you makes you stronger. Some of them adapt to the surrounding. Some of them die in the war of discrimination. Some of them become far more stronger.

Tapi ramai yang akan berlakon. Pelbagai wajah diberikan tetapi tiada satu pun yang nyata. Walaupun diberi tepukan dan penghargaan, nikmat itu perlukan sesuatu untuk dikorbankan. Dan sakitnya tidak dapat dinilai dengan unit Del.

Shelter is very rich. 

No comments: