26 September 2012

Selamat Tinggal Hospital Kuala Lumpur

Ramai orang yang tamatkan cerita praktikal mereka dengan happy ending story. Rindu makcik sapu sampah, rindu mesin pencincang daging, rindu kertas turas, rindu supervisor hodoh, rindu lif yang bergerak lambat dan sebagainya. Tapi bukan aku.

3 bulan berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur di unit Perubatan Nuklear adalah suatu jangka masa yang agak lama dan membosankan. Imagine this: stay at home a week without any food to eat. Haa! How's that? Jujurnya, kerja pada waktu pagi dan petang, in between adalah masa untuk menenangkan diri. You can sleep 5 hours at peace. Betapa banyaknya masa lapang.

In terms of waktu, memang la banyak masa free. Boleh jenjalan pergi sogo, boleh tengok movie, boleh main batu seremban, boleh balik rumah. Kerja pon ala setakat quality control, tekan butang tu, tekan butang ni siap. Sepatutnya tak ada pressure pon. Tapi.

Tapi, tengok balik working atmosphere. Supervisor yang dah tua, yang selalu nak menang je yang tak nak dengar cakap orang lain. Supervisor lain yang sama perangai yang nampak macam baik, tapi mempunyai senyum yang boleh menjatuhkan imej orang. Supervisor yang nak tak nak amek tau. Supervisor yang ikut sangat undang-undang. Supervisor yang tak ikut sangat undang-undang. Supervisor yang suka memaksa (ni memang la, kalau xpaksa, mmg kerja xjalan). Banyak la kerenahnya. Oh ada masalah dalaman lagi.

Last week of practical which is to be exact, last week, isnin cuti hari malaysia, selasa aku kerja. Rabu aku tak sihat (tak datang kerja). Kamis aku tak pergi kerja (hari ke-2 berturut-turut) sebab aku tak nak mengadap supervisor. Jumaat aku datang sebab supervisor tu tak ada, dia pergi kursus. So hari jumaat tu aku datang siapkan kerja sikit pastu balik tengah hari dengan supervisor lagi sorang. Serious aku tak nak jumpa mana-mana supervisor pun.

Aku tak mintak maaf dekat supervisor, aku tak ucap terima kasih, aku cuma buat masalah je. Hah! Batch aku yang praktikal dekat HKL adalah batch yang paling teruk sebab kerja tak buat, presentation tah pape, report tak nak hantar, attendance teruk. Tapi dapat A uols. Supervisor menyesal bagi markah tinggi. Lets babai gones be by gones honey!

Dikatakan ada dua kekosongan C41 dekat HKL. Aku nak? Kalau tak ada masalah aku memang nak. Dah la kerja dekat KL, tak payah nak duduk luar. Tapi bila dikenangkan balik aku ada buat masalah kat sana, tak payah la.

Sayonara HKL. Alamak, aku ada appoinment dengan klinik dermatology. erhhh.

3 comments:

arifpaan said...

C41? gaji berapa? hihi

themissingikmal said...

isu sensitip. haha

Kak Hu said...

alhamdulillah, happy juga kerja di HKL ni..mungkin senario kita berbeza...